nuffnang

loveable person

Monday, 25 March 2013

♥ Dugaan Mengajar Erti Kehidupan ♥

                                        Assalamualaikum & Happy Monday my lovely peeps!

Alhamdulillah syukur kerana masih dapat bernafas di dunia yang fana ini dan masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini... Nobody is perfect..  Am i right? Tapi kadang-kadang kita cuba jugak untuk menjadi sempurna dan menjadi yang terbaik, tapiii malangnyaa ada je dugaan yang datang menimpakan...Dugaan dan ujian yang tak pernah kita minta tetap akan datang tanpa di undang, kerana ujian itu adalah kehidupan.... Allah SWT mendatangkan ujian dan dugaan kepada kita supaya kita tidak melupakannya.  Kita manusia cepat sangat lupa..kannn???


Kadang-kadang dalam perhubungan tak kira laa hubungan dengan family, kekasih, suami isteri, kawan-kawan pasti akan ada masalah dan dugaan yang menimpakan..Kadang-kadang dugaan itu membuat kita rasa downnn sangat, rasa macam, aduhhh sakitnyaaa, sakit kat dalam hati tiada siapa yang tahu kan...Kita cuba untuk jadi yang terbaik dan menyempurnakan hubungan tu, tapii malangnya kadang-kadang kita rasa tak berjaya if datang je masalah tu kan...

Sekarang ni aku dan bon2 berjauhan, we are in Long Distance Relationship, ya Allah, dugaan memang banyak, but we go through it together until now..Alhamdulillah, everythings going good.. Sebelum ni aku pernah tulis entry pasal PJJ(Perhubungan Jarak Jauh) ni, ramai yang cakap kecundang kerana jarak memisahkan mereka... But, bagi aku, kalau kita betul sayangkan seseorang tu dan relationship tu, datanglah dugaan besar mana pun, pasti dapat handle bersama kan... Kalau kita fikirkan tentang masalah memang takkan selesai masalah tu mungkin akan menjadi lebih teruk, but kalau kita cari jalan penyelesaian or solution, pasti hubungan tu akan menjadi baik semula...


Apa yang penting kalau ada masalah dan dugaan yang kita terima, janganlah kita merungut dan salahkan diri sendiri. Ingat Allah sentiasa bersama dengan kita, just put trust on Allah. Banyakkan berdoa dan tawakal, muhasabah diri jangan terlalu mengikut emosi kerana akibatnya buruk sekali. Aku ni kadang-kadang teremo jugak laa kalau ada masalah, nasib baik laa bon2 banyak bersabar dengan aku.. Haishh..Normal la kan kalau perempuan tu sensitif dan emo lebih, but jangan lebih-lebih sangat, its not good...Kena pandai control dan cuba kawal emosi tu.. Ingatan untuk diri sendiri jugak..
Love is most weak when there is more doubt than there is trust but love is most strong when you learn to trust even with all the doubts :)

Dugaan itu adalah kehidupan. Dugaan mengajar erti kehidupan sebenar. Dugaan datang tapi hidup harus diteruskan dan belajar dari dugaan tersebut. Jangan kita salahkan dugaan yang datang, terima dan redha dugaan tersebut. Allah know what is right for you. SABAR dalam menempuh DUGAAN..


Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, 
Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar..
Tapi ketahuilah bahawa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, 
Senyum di setiap air mata,
Berkah di setiap dugaan, 
dan Jawapan di setiap doa.


Thank Q for reading my lovely peeps! May Allah bless u..
As-salam~




38 comments:

  1. Suka dengan gambar yang last sekali, kalau kita sentiasa ingat sepotong ayat dalam surah Al-Baqarah tu mesti kita AKAN fikir positif.. kannn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear Iha.... ^_____^ sabar dalam menghadapi dugann...

      Delete
  2. Setuju....
    Memang betul, dugaan pasti ajar kita sumthing... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan AJ kan... :') Dugaan mengajar kita erti kehidupan....

      Delete
  3. setiap dugaan, ujian, cobaan dan rintangan yg datang, pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebalik semua itu. cuma kuat dgn x kuat je kita ni kan. apapun, kita kena sentiasa kembali kpdNya dan ajaranNya. semoga sentiasa dipermudahkan ye dik. keep strong!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak syg :') Be stronggg.....Thank Q my lovely sis....

      Delete
  4. Masa ni la Allah nak uji hati kita..keteguhan.. cinta.. naluri.. semuanya untuk mematangkan kita juga.. Hadapilah dugaan dengan tenang.. tepis segala halangan.. fikir positif.. pasti ianya semudah ABC..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, tiba2 teringat ABC-Ais Batu Kacang la akak...hehheheh :D Thank Q akak for da advice...

      Delete
    2. Sedap jgk tu...nnti bgtau akak mana tmpat best dan makanan best2 kt Penang..

      Delete
  5. nice entry.. saia suka aayat ni Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru,
    Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar..
    Tapi ketahuilah bahawa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai,
    Senyum di setiap air mata,
    Berkah di setiap dugaan,
    dan Jawapan di setiap doa.

    ReplyDelete
  6. Berjauhan lebih banyak dugaan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tapi dugaan tu yg membuatkan sesebuah hubungan itu menjadi lebih bahagia :)

      Delete
  7. Allah menguji kita tanda ALLAh sayang kita... :)

    ReplyDelete
  8. huhuh.. sy masih tak percaya dgn hubungan jarak jauh.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada kepercayaan yg tinggi baru la menjadi :)

      Delete
  9. kita tak akan rasa nikmat asam garam dalam kehidupan andai tiada suka duka sebagai ujian...semua ujian pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  10. tengs syg utk peringatan nie..agak kecewa bila masing2 ego taknak mengalah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dear ^____^ hmm, ego tu laa yg buat ssbuah hubungan bermasalah kan dear, kalo si dia ego, kita turunkn sikit ego tu, kalau dua2 ego susah la syg..xnak sedih2 k..

      Delete
  11. btul tu..long distance relationship mjuga memerlukan big effort, trust and give and take..hopefully u make it till the end..amin!!!

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. allah beri ujian keraa allah tahu kita mampu..:D
    akak cantih kena tabah..:D Lyeen belanja cupcakes..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dik manis :'D
      Yeahh dapat cupcakes! heee

      Delete
  13. pjj ni kena saling percaya..
    maklum la msng2 duk jauh2..
    make sure dia tetap no 1 dalam ati..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul tu nick~ :)
      In Shaa Allah, he will be the one for me till d'end...

      Delete
  14. Yakinlah dengan Allah. Ada sebab kenapa kita jadi kita :')

    ReplyDelete
  15. y penting,kena branggapan baik,,jgn buruk sangka pada org,,juga pda Allah

    ReplyDelete
  16. kalau dia adalah yg tbaik tuk kita..kita juga tbaik tuk dia..hbgan jarak jauh mcm mna pn cinta tetap bsatu..kak shida pcaya pda jdoh dan cinta jark jauh ni sbb kak shida juga slh sorg bhubungan PJJ ni..evrythng ok..sbb dua2 blah fmly ade support..dua2 nk mgejar tuk hdup bsama tp ade dugaan tpksa PJJ..harungi dgn sabar dan tabah..sntiasa semai cinta walupn jrg bjumpa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan akak shida.. :') kalau dah jodoh xkan kemana kan..kena banyakkan berdoa dan hadapi dugaan dengan tabah..

      Delete
  17. Ujian & dugaan tu tanda Allah syg kan kita!! ♥♥ this entry! !

    ReplyDelete
  18. Dugaan itu adalah kehidupan. Dugaan mengajar erti kehidupan sebenar. Dugaan datang tapi hidup harus diteruskan dan belajar dari dugaan tersebut. Jangan kita salahkan dugaan yang datang, terima dan redha dugaan tersebut. Allah know what is right for you. SABAR dalam menempuh DUGAAN..
    limelight winter collection 2021 stitched
    limelight stitched 2021

    ReplyDelete