nuffnang

loveable person

Sunday, 17 February 2013

Kelas Tafsir Al-Quran bersama Dr.Danial Zainal Abidin

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia & Salam 1Bloggers!

Alhamdulillah, still breathing, still alive and still have time to repent, Thank You Allah..
Harini hari Ahad, aku dan kak ngah aku telah mengikuti kelas tafsir Al-Quran bersama Dr.Dania Zainal Abidin.....Hmm, siapa yang tak kenal Dr.Danial neh kan....Rasanya semua orang kenal beliau... :)
Setiap hari Ahad, Dr Danial akan mengadakan kelas tafsir di Surau Pusat Belia dan Sukan di Pulau Pinang...Tiada charge or bayaran yang dikenakan... Seriously tak rugi mengikuti kelas tafsir dari Dr.Danial....Banyak ilmu yang aku perolehi dalam kelas tafsir ni...


Dalam kelas tafsir ni Dr.Danial akan mentafsir ayat-ayat Al-Quran, dan menceritakan disebalik tafsiran ayat tersebut..SubhanaAllah, baru aku sedar kita ni tau baca Al-Quran je tapi tak tau maksud disebalik maksud ayat-ayat tersebut kan? Walaupun dalam Al-Quran tersebut ada tafsirannya, but still ada sesetengah maksud yang kita tak faham kan? So melalui kelas tafsir dari Dr.Danial neh, beliau akan mentafsir lebih mendalam lagi maksud disebalik ayat tersebut..Sungguh indah ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT kalau kita hayati dan memahami ayat-ayat Al-Quran tersebut...Seriously memang tak rugi kita belajar dan memahami ayat-ayat Al-Quran yang indah ini, malah kita akan dapat pahala serta perolehi ketenangan dan kedamaian jiwa dan raga...

 Selalunya Dr.Danial akan mentafsir sekurang-kurangnya 10ayat setiap minggu.. Harini ayat Al-Quran yang di tafsir adalah dari surah Al-Fajr ayat ke 21-30.

A021
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
(Al-Fajr 89:21
A022
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
(Al-Fajr 89:22)
A023
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
(Al-Fajr 89:23)
A024
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
(Al-Fajr 89:24)
A025
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
(Al-Fajr 89:25) | 
A026
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
(Al-Fajr 89:26) | 
A027
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27)
A028
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28
A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29
A030
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30)

Macam kat atas ni adalah tafsiran dari surah Al-Fajr ayat 21-30, ada maksud yang aku kurang faham, dan Dr.Danial telah mentafsir dan menceritakan maksud ayat Al-Quran tersebut dengan panjang lebar, serta diselitkan dengan info-info sainstifik yang sesuai dengan ayat tersebut...SubhanaAllah, daripada tafsiran tersebut, Alhamdulillah akhirnya aku dapat memahami dengan jelas..Betapa ruginya manusia yang lalai dalam mengingati Allah dan tidak beribadat kepadaNya sedangkan Allah memberi nikmat sihat kepada kita...Kita yang masih hidup masih diberi peluang untuk bertaubat dan bertaqwa kepadaNya...Aku bukanlah orang alim dan aku masih banyak perlu belajar...Aku harap dengan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada pembaca2 blog ni...May Allah bless us..


So, sesiapa yang tinggal di Pulau Pinang or sesiapa sahaja yang berminat untuk ke kelas tafsir Al-Quran bersama Dr.Danial silalah datang ke kelas tersebut.....Setiap Ahad , 3 petang di Surau Pusat Belia dan Sukan,Pulau Pinang. Tiada bayaran yang dikenakan...


p.s~ Al-Quran itu penyuluh kehidupan...SubhanaAllah...Semoga kita semua diberkati olehNya..amin..Assalamualaikum

13 comments:

  1. alhamdulilah :) semoga dapat ilmu tu ..bestnya

    ReplyDelete
  2. owhhh kat penang ke?..mm kalau dkt mau je sy g tiap2 minggu..
    apa pun mgm bagus kaalu selalu duduk dlm majlis ilmu ni, sbb malaikat sntiase doakan & selawat pd org2 y ada dlm majlis2 mcm tu.
    sbb majlis ilmu ni adalah taman syurga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aah dekat penang.. :) kalau free datangla, xrugi pun tau..hee

      Delete
  3. Salam kenal...
    Betul tu, kalau baca tapi tak faham maksud ayat tu, rasa macam tak complete je kan..huhu

    ReplyDelete
  4. nanti jangan lupa mai sek saya sekali.
    ade buat program tafsir al-quran jugak :)

    ReplyDelete
  5. Masih ada lg kelas ni sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum

      Daurah Tafsir Al Qur'an 2016:
      Kuliah Talaqqi Tafsir 30 Juzuk Al Qur'an (bersanad) bersama Al Fadhil Maulana Abdul Hadi bin Yaakob

      Venue: Surau Bangi Perdana
      Date: 23 Oktober 2016 Ahad
      Surah: Sambungan Tafsir Surah Ash-Shuraa (ayat 44)

      Sesi 1: 10.30am ke 12.30pm
      Sesi 2: 3.00pm ke waktu Asar
      Sesi 3: Selepas Solat Asar ke 6.00pm

      Jadual tertakluk kepada perubahan. Insya Allah maklumat akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Sebarang bentuk infak boleh disalurkan terus kepada pihak pengurusan surau. Jamuan makan tengahari disediakan, Insya Allah

      Maklumat Lanjut seperti pautan FB berikut :
      https://www.facebook.com/events/1141777192604932/?ti=cl

      Delete
  6. additional resources you could look here take a look at the site here visite site his explanation site here

    ReplyDelete