Assalamualaikum wbt & Happy Monday!
Helloww peeps!
Dalam hidup ni semua orang ada impian kan? Setiap orang ada impian masing-masing kan kan...Kalau tak dak tu tipu laa, mak aku cakap tak baek tipu tauu, dosaaa... :P Hmm, ada yang impikan nak kawen dengan anak raja, yang tu aku rasa bukan impian tapi mimpi,hehe, ada yang impikan nak belajar ke oversea, ada yang nak beli mini cooper, ada yang nak jadi ratu chantek,haha, macam2 laa impian...Kalau just ada impian & cita-cita tapi kalau tak berusaha tak dak maknanyerkkk la kan......
Ada tak impian yang tercapai setakat ni? Hmm, kalau tanya aku, aku rasa banyak lagi impian yang belum tercapai..... T_____T Hmm, cuma Alhamdulillah ada laa impian dan cita-cita aku dari kecik tercapai, selalu je berangan nak pergi
luar negara....dan aku tak expect pun dapat pergi sana....Ramai yang bertanya dekat aku macam mana dapat pergi ke
German tu kan? Adakah aku study kat German or just suka2 pergi eyh? Hmm, meh nak cerita sikit eyh...
Semuanya bermula apabila pihak sekolah memanggil aku dan beberapa kawan lagi ke pejabat dan bagi borang pertukaran pelajar untuk di isi, then lepas antar borang tu pihak sekolah cakap kena tunggu dulu panggilan interview, kalau terpilih, dapat laa pergi interview tu.....Time tu aku baru form5 tahun 2008.
Hmm, dalam hati aku cakap time tu, kan syiok kalau dapat pergi ke sana, mesti dapat banyak pengalaman...Masa tu dok berangan laa nak pergi sana....hee
Then, beberapa minggu kemudian, tak sangka pulak dapat pergi interview tu...Hmm, biasalaa kalau interview tu mesti laa banyak soalan yang perlu kita jawab kan, aku just be confident je time interview tu...Lepas habis interview, aku rasa lega sangat, dalam hati aku cakap, kalau tak dapat pun tak pe, kalau dapat Alhamdulillah....Kalau nak tau organization apa yang aku join klik
AFS Malaysia..
Bagi adik2 yang still bersekolah menengah tu, boleh laa join kalau nak eyh....Seriously tak rugi pun tau..
Tanpa dijangka, rezeki menyebelahi aku, Alhamdulillah, aku berjaya dalam interview tersebut dan dapat pergi ke negara pilihan iaitu German...dan kawan aku lagi sorang dapat pergi ke China..1 sekolah diorang just pilih 2 orang macam tu laa...
Awal
tahun 2009 aku pun pergi ke German sebagai exchange students selama
1tahun dan tinggal bersama
keluarga angkat German...Haa bawah ni gambar parents angkat aku kat sana..Diorang baik sangat dan hormati agama islam kita.. Selama aku kat sana diorang layan aku macam anak kandung diorang sendiri..Seriously...
Sepanjang aku berada dekat sana, banyak pengalaman hidup yang dikutip, dan pengalaman2 tersebut mendewasakan aku.....Yelaa, just imagine kau sorang2 duduk dekat negara asing, lain budaya, lain agama dan semuanya lain laa...Masa 2nd week tu aku jadi homesick, tapi nasib baik homesick aku tu tak teruk...Nasib baik laa ada FB dan kalau rindu sangat3 baru telefon, sebab kalau hari2 telefon bankrupt la, haha, mahal kot...huhu...
haha, tergelak aku tengok gambar ni...Pendeknyaaa aku..huhu :P Time neh sejuk gila, yelaa hang bayangkan laa dekat Malaysia panas kan, tiba2 tukar cuaca mau tak demam aku..hehee...Yg baju oren tu adik angkat aku..Nama dia Diana..She's handicapped..huhu...Selalu je kacau aku, tapi dialaa bestfriend aku sepanjang aku dok sana..hee..
Ni laa mak angkat aku, she's lovely mother.... :)
Kat sana aku kena masuk Gymnasium Schule or High School...Alhamdulillah dapat laa kawan2 baru kat sana...Diorang semua sangat friendly...tak sombong..Masalah muncul bila nak cakap je, yelaa baru datang mana laa aku nak tau cakap German..diorang pulak tak berapa reti cakap omputih, dan diorang tak suka cakap bi....Orang german ni lebih agungkan bahasa diorang tau, tak macam kita..tetttttt......
Nak belajar bahasa German tu bukan senang, disebabkan aku force diri aku untuk belajar bahasa diorang, alhamdulillah dekat sebulan aku dok sana, aku boleh sembang dengan kawan2 kelas dalam bahasa german...So, tak payah risau kalau ada orang kutuk aku dah boleh faham..haha..
Gambar atas ni dah seminggu aku masuk kelas diorang....tapi tengok macam dah lama kenal kan...Diorang semua sangat happening..Rinduu kat depa...Masa nak balik German, sedih sangat, kawan rapat aku Helina n da geng buat surprise party kat aku, terharu sangat....Bila dah sampai Malaysia, diorang still berhubung dengan aku, siap post poskad dan hadiah lagi....Diorang ni memang rapat antara 1 sama lain..
Hmm, selama 1tahun aku sana, family angkat aku dah bawak aku macam2 tempat kat German....Hamburg, Berlin, Hannover, Munich, banyak laa tak terkira..Dan yang bestnya, bukan setakat kat German je, parents angkat aku ni bawak aku holiday dengan diorang dekat luar negara lagi tau...Mestilaa diorang support...
Antara tempat yang dah aku jejaki ialah Denmark, Paris, Switzeland, Belanda dan Austria....Aku tak sangka diorang nak angkut aku p holiday gan diorang sekali, selalunya kalau pertukaran pelajar ni kan, family angkat boleh je tak nak bawak anak angkat diorang dan hantar dekat mana-mana keluarga angkat sementara..Tapi alhamdulillah laa, sebab aku dapat family angkat yang sangat baik dan memahami aku....
Gambar kat atas ni masa dekat Denmark...Kat Denmark pun ada LEGOLAND tau, ticket semua family angkat aku yang sponsor...
Atas ni pulak kami bercuti di Austria, time neh summer, walaupun cuaca panas tapi angin dia sangat sejukk...Cuma letih sikit laa nak panjat gunung tu...huhuu..Aku jadi photographer time 2...hehe..
Gambar kat atas ni pulak dekat France, siap ada gambar hotel lagi kan...Tapi yang sedihnya tak dapat tangkap dengan Eifel Tower sebab bateri kamera aku kong, mak angkat aku tu pulak tak bawak henset dia...Diorang ni tak pakai handphone berkamera pulak, memang sedihh sangat.. :'( Takpe2 nanti ada rezeki nak ajak bon2 honeymoon kat France laa...hee
Tengok kat tengah jalan pun ada train eh tram kot nama die...hehe...dasyat tak? Kalau penang buat macam ni kan best..
Gambar2 kat atas tu pulak dekat Switzeland.. Rugi sungguh aku rasa, sebab sepanjang aku ada dekat sana, aku tak banyak tangkap gambar yang chantek2 sangat..huhuh...Adoii..menyesal pulak rasa...takpelaa nak buat macam mana kan, yang penting kenangan tu tetap berada di minda....Impian sudah jadi kenyataan dan kini jadi kenangan dalam hidup aku........
Haa, aktiviti aku setiap minggu naik kuda dengan adik angkat aku....best sangat...rindu dekat
kuda yang selalu aku naik tu, nama dia Alejandro...
Time to play snow! Masa ni first time dalam hidup aku main salji! Siap makan lagi tau....Sedap tak
terkira..haahhaa.. :P
Atas ni gambar abang angkat aku...dia study dekat dengan Switzeland, masa ni dia balik cuti, dan aku dan family angkat aku naik kapal terbang kecik tu untuk melihat kawasan yang dipenuhi salji...tak caya tengok gambar bawah ni, semuanya nampak putih berseri jee....hehe.SubhanaAllah, time atas kapal terbang kecik tu aku sangat kagum dengan ciptaan Allah swt.....How amazing it is...huhu....
Gambar-gambar kat atas ni time winter.....Memang tak larat nak main salji..Actually diorang ni tak suka salji sangat, sebab yelaa kalau terlalu banyak salji memang banyak masalah laa kan...bila dah sejuk salji tu akan jadi ais macam kat atas ni, dah membahayakan keselamatan....Kat sana sempat laa aku buat snow man....hehe...Impian jadi kenyataan...dulu kecik2 dok bayangkan yang hujan tu snow...hahahah...adoii..
Haa, kat atas ni gambar kawan2 seMalaysia yang pergi ke German, tapi yang tak bestnya kami semua terpisah ke negeri lain2, i mean, German tu kan besaqq so memang tak dak harapan laa nak dok berdekatan...huhu...
Pada awal
tahun 2010 aku dan kawan2 aku pun pulang ke tanah air terchenta...
Tapi dalam tengah bulan 2010, aku pergi ke sana balik sebab family angkat aku rindu katanyaa..hehe..Diorang sponsor tiket pergi balik..Masa tu aku pergi sorang2 la, gila hang dok dalam flight kira-kira 22jam macam tu laa, ya Allah, dah laa masa tu aku pergi sorang2 kan..Nak buat macam mana, dah orang beli tiket kan, pergi je laa...Then, aku turun dekat Lapangan Terbang Shiphol,Amsterdam...Family angkat aku tunggu kat sana...Aku dok selama 4minggu macam tu la sebab time tu tengah cuti semester...Gambar nanti aku bubuh, cari tak jumpa plak, sebab banyak sangat gambar..huhhu
Hmm, sepanjang 1tahun di rantau orang, banyak suka duka yang aku dapat....Tak semua manis, tetap ada yang masin+masam+pahit kan...heehe..Kalau asyik manis je boring laa pulakk..hehe..Yang penting bagi aku MALAYSIA is the BEST ! Sebab tu laa aku tak sambung belajar kat sana, MALAYSIA jugak menjadi pilihan...UiTM dihatiku..hehe..KBAI.. :D
Hmm, walaupun impian aku nak ke negara orang sudah tercapai, tapi still banyak impian lagi yang perlu dicapai, sekarang ni tengah rancak dok berangan lagi kan, hopefully 1 hari nanti impian aku yg satu ni tercapai...Apadia? Biarlahhh rahsiaaaaa.......jeng jeng jeng....heeee...Ok, setakat tu je kot, aku harap pembaca2 yg kusayangi sekalian akan berjaya mencapai impian yang korang idamkan.... Aamiin... :)
Thank Q for readings lovely peeps! Assalamualaikum