nuffnang

loveable person

Thursday, 27 December 2012

Assalamualaikum wbt & Salam 1Bloggers...
Semoga semuanya sihat2 belaka & happy always with ur beloved family, friends and person that u love.. :) Alhamdulillah, negara kita masih aman n tiada peperangan......Alhamdulillah ya Allah....
Aku harap negara kita tak jadi macam di Gaza....Kanak2 mati bertempiaran, orang tua mati bersepahan, wanita berkejaran untuk menyelamatkan anak2 mereka yang menangis ketakutan.....Ya Allah, aku hanya mampu berdoa kepadaMu semoga mereka diberi kekuatan untuk menempuhi dugaanMu ya Allah....Aku harapa israel laknatullah mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah mereka buat kepada insan2 yang tidak berdosa disana......


Aku harap kita disini, yang hidup selesa, aman, damai, harmoni sentiasa berdoa dan tolong apa yang kita mampu untuk menolong saudara kita di Gaza....Wahai kawanku sekalian, sekarang mereka(israel) diam bukan bererti mereka give up, tewas or kalah...Mereka diam sebab mereka tahu sekarang ramai yang membantu saudara kita di Gaza, mereka bukannya takut, tapi mereka sedang mengatur strategi untuk menghancurkan bumi Gaza...Ingat lagi apa yang terjadi pada 27Disember2008? 4tahun yang lalu israel laknatullah tue telah melancarkan Operation Cast Lead selama 3 minggu ke atas Gaza dan menyebabkan 1400 rakyat Gaza syahid dan 400 darinya adalah kanak-kanak dibawah umur 15tahun..Manakala ribuan cedera parah..Kalau nak baca lagi tentang peristiwa tu sila baca di
 Aqsa Syarif.. Jom like Aqsa Syarif untuk mengetahui berita2 terkini tentang saudara kita di Gaza

 

AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.


Jangan berhenti berdoaa, jangan berhenti memboikot barang-barang yang menyokong israel laknatullah, jangan berhenti membantu saudara kita di Gaza....Semoga Allah memberkati kita semua....

 Atas ni adalah antara senarai produk daripada israel.....Marilah kita berkorban n berjihad untuk saudara kita di Gaza....Semoga bantuan kita yang kecil ini dapat membantu mereka disana...


Ingatlah wahai sahabat ku, dunia dah tua, usia kita makin meningkat, tahun meginjak lagi, dunia akhir zaman macam2 sudah berlaku, marilah kita melakukan perubahan, walaupun sekecil zahrah, janji kita dapat lihat perubahan diri kita ke arah yang lebih baik...Mari lakukan anjakan paradigma untuk diri kita sendiri dan berdoa semoga hidayah itu milik kita....Sekadar renungan buat diri sendiri dan untuk kita semua...


p.s~ Pray for Gaza...May Allah bless u...amin

Wednesday, 26 December 2012

Assalamualaikum wbt & Happy Mittwoch(Wednesday) u'ollzz..
Aduh sakit bahu pulak dah..akibat salah bantai la neh...mencik3.....2 hari cuti rasa macam tak cukup ja, rasa macam malas gila nak mai keja harini baq hang...Setelah bersuka ria, ber"enjoy" sakan cuti 2 hari lepas, so bila keja harini rasanya mood untuk bekerja xmuncul la pulek...Perot buat hal, bahu buat hal, pastu kepala rasa macam teleng sebelah je....wuarghh xsukanyaa! :'( sob.sob..takpa2 sementara takdak keja lagi,  meh nak taip entry jap...Lupakan semua penyakit yg ada dulu kan..

Hmm, nak tanya sat..Hangpa semua mesti ada kawan kan? sahabat ada? teman ada tak? eh3 apa beza semua tu xtau, bagi sesetengah orang semua tu sama ja kot cuma sebutan n ejaan ja lain kot kan..tapi bukan kot kot dh kot, bagi aku makna dia lain....sebab apa? meh nak habaq kat hang...oppss sebelum tu aku nak mintak maaf kalo penggunaan "aku" n "hang" neh nampak mcm ganas, tp sebenaqnya xpon habaq hang..orang utagha memang lagu neh, dia terlebih friendly sbb tu dia cakap "aku hang" tu... :)

Ok bagi aku kan, kawan ni selalu ada time seronok3, happy2, n  bila time nak enjoy ja mesti dia ada, tapi bilaa time hang dok tengah sedih, perlukan seseorang untuk berceghita masalah hang tu ka, aku rasa kawan tu dia lari cepat2 takot hang kejaq n membebankan dia pulak kan...Aku mempunyai ramai kawan, banyak sangat, kawan time sekolah rendah, menengah, kawan kat german, kat U, kat mana2 ja aku p mesti aku dapat kawan baru, so memang ramai sangat kawan, aku rasa ampa pun sama kan, semua orang ada ramai kawan, tapi dia hadir time2 tertentu sahaja...Berbeza pulak dengan sahabat...


Sahabat ni dia lain sikit baq hang....Sahabat sejati selalu ada disisi...Walaupun kadang2 tak selalu, tapi time kita memerlukan dia, dia mesti ada...tak semua ada sahabat sejati, n memang susah gila baq hang nak ada sahabat macam tu...susahhh..Kalau dapat please laa jaga elok2 persahabatan tu, jangan biaq dia p macam tu ja ok...Kalau sedih dia ada, kalau hang gembira dia ada, kalau hang nak ceghita apa2 ka dia sudi mendengar kan, sekurang-kurangnya dia ada untuk berkongsi suka duka dengan kita...Alhamdulillah setakat ni aku ada sahabat yg macam tu, bonbon adalah kawan, sahabat n teman sejati aku, dia selalu ada dengan aku, walaupun sekarang kami berjauhan tapi dia ada bila aku perlukan dia..Nanti aku buat 1 entry pasai bonbon eyh..hehe


Selain bonbon monster aku tu, aku ada lagi sahabat yg sama kepala gan aku, yang boleh tidoq sekatil, makan sama2 gan aku, berceghita sampai ke pagi n macam2 lah yg boleh dibuat bersama2....Sahabat aku lagi sorang ialah ummal, dia merangkat roomate n housemate aku..macam2 benda kami lalui bersama, sampai la dia kawen, kini dia ada suami, hope dia xlupa kat aku..nanti aku buat entry pasai dia jugak k..
Now aku buat entry pasai kawan n merangkap sahabat aku time zaman sekolah..
Aku kenai depa ni dari sekolah menengah lagi, kami 1 kelas...Walaupun masing2 bawak haluan after spm, but persahabatan tu xpernah putus....Walaupun lepas spm masing2 dok jauh, tapi still berhubung, xkira la melalui fb ka, message or kol terus...Kalau tepong, mesti ada ja topik nak cakap, kalau jumpa tu xpayah nak kata la kann....


Hari isnin yang lepas aku ajak kawan aku ni tidoq umah aku, kami memang susah nak jumpa sebab masing2 sibuk, eh3 aku rasa aku orang yg paling susah nk jumpa sbb sibuk, depa selalu bising2 kat aku, last2 aku ajak depa mai tidoq umah aku terus, sebab selasa kan cuti christmas, tapi yang boleh stay umah aku sorang ja..Nama dia Zafira, nnt tgok picca k.. Lagi sorang tu plak dia xboleh nak tidoq umah aku sebab dia kena jaga kucing2 dia, eh silap adik2 dia sebab mak ayah dia keja..Padahal dia yg ajak nak jumpa kan, last2 dia lepak ja kat umah ak sampai lewat malam, then aku gan zafira la kena antaq dia balik..Naik moto 3 orang..keh3..Nama dia Shahida, nnt tgok picca k...
Yang lagi 2 pulak tak boleh join diatas sebab2 tertentu..huhu..bukan senang nak ajak kumpui semua tau dak..Dayah balik umah tok dia plak, time aku free lah dia p merata, bila aku sibuk, kalot ajak aku p merata..grrrr.. :P Nasib baik umah kami dekat gila, so senang la jugak nak jumpa..
Yang ada tu pun dah kecoh baq hang, fira n ieda memang suka buat kecoh..hehe..lama gila kami tak menggila n buat kecoh....Nasib baik parents aku takdak, sebab depa p dok umah kat kulim, just tinggal kak ngah aku n aku jelaa kat umah..Naseb baek kak ngah aku sporting ja... Let's picca tell u how crazy we were together..
gambaq neh kira ok lg la kan..cover ayu lagi. :P

dah mula nk tunjuk kesengalan kan.

ieda yg jelir lidah tu, fira yg maintain keras ja gambaq dia..hehe.

wanita palestin..

yeay aku buli depa 2, selalu aku yg kena buli..padan muka

love tak menjadi..hehe

dah ngantok dah..sapa suruh snap pic tgh malam buta..haha

ieda dah tidoqq..zzZZzzzz..tgok fira maintain ja gambaq dia kan..haha

dah habis, sedih, bila lg nak jumpa.. :(

Thank you so much best friends. I hope our friendship will remains foreverlasting..amin.. :')

Hopefully sgt3 dapat berkumpul semua nanti, n kita story mory n buat gila lagi k...Thank you la sebab sudi jadi sahabat aku...Walaupun kita jarang jumpa, n aku selalu bg excuse xboleh ikut ampa p mana2, dalam hati aku ampa sentiasa ada..Sorry sgt2 kalau ada tersalah kata or tersalah gurau ke kan, aku harapa ampa xhambek hati na :P hee...Semoga persahabatan kita kekal abadieslamanya..haha..Trademark abadieslamanya tu dari sekolah lagi ok..Aku selalu kena perli gan depa, naseb baek depa ni kawan aku, kalau tak....heheh..
Ok la, sampai disini saja, jumpa lg di next entry...Assalamualaikum..

p/s~ Jaga hati kawan dalam berbicara, jaga persahabatan tak kira masa...& Never stop to pray for Gaza tau....May Allah bless u..amin :)

Sunday, 23 December 2012

Assalamualaikum wbt & Salam 1Bloggers...
Semoga semuanya sihat2 sokmo yee....
Ok, semalam 22/12/2012 hari Sabtu, bertempat di Padang Kota Lama, Penang, telah diadakan satu event yg sangat3 berfaedah & sangat meriah sambutannya, Alhamdulillah...Event apa? Tajuk event tu,
Tangisan Gaza Laungan Syria....Afdlin Shauki pun bersama-sama menjayakan event ni.. Ada sapa2 yang baca entry ni pergi tak? Kalau pergi Alhamdulillah. Sesiapa yang tak berkesempatan untuk dtg event semalam, marilah kita sama2 membantu saudara kita yang berada di Gaza. Tak kira apa yang kita lakukan niat untuk membantu mestilah ikhlas kerana Allah swt...Semoga kita semua dirahmati olehNya. Amin.

Banner Tangisan Gaza Laugan Syria

Antara aktiviti yang diadakan semalam, melukis poster secara beramai-ramai, menunggang kuda, paintball, ceramah, konvoi n byk lg....Alhamdulillah ramai yg datang memberi sokongan....Selain itu, ada pertunjukan silat, berpuisi n flashmob....Flashmob yang dibuat amat memberi kesan kepada penonton yg hadir...Actually aku tak tau itu adalah flashmob, at last time diorang cakap terima kasih kpd yang join untuk flashmob tu baru aku tau, kalau aku tau awai2 aku dah join sekali. Sebab jalan cerita flashmob tu sangat menyentuh qalbu n terasa macam di Gaza pulak bila dengar bunyi tembakan yang kuat, n ada tentera israel yg kejam yg tangkap budak2 n orang2 yg lemah, memang jalan cerita flashmob tu amat menarik n sangat memberi kesan kpd sesiapa yg hadir untuk event ni.

 Antara petikan yg aku tak boleh lupa bila org yg berlakon jd tentera israel tu cakap,tapi ada sedikit bahasa kasar yg digunakan,tp aku xnak tulis laa, 
Dialog dia lebih kurang mcm ni:  "Aku tidak takut akan kamu semua wahai manusia, aku berkuasa didunia ni, apa yang kamu semua lakukan untuk menyelamatkan saudaramu? boikot? hahaha. Kamu tolong dan simpati hanya sekejap sahaja, setelah itu kamu lupakan mereka.  Kamu hanya manusia yg penakut.. Kamu hanya boleh menonton tapi tidak dapat membantu mereka.." Perghhh ayat2 yg dilafazkan tu memang sangat2 mendalam n memberi kesan baq hang.....Video tu ada kawan aku rakamkan, kebetulan dia jadi sukarelawan utk event ni, nanti kalau dia dah upload video tu aku share ok....hhuhuhu..Let see da picca.
Finally dpt jgk beli mafla ni..Membeli sambil menderma..Siap ada sign afdlin lg  :)
Aflin sibuk dok sign card. He's so friendly n xsombong ok..
with my mom, kak ngah n my nephew aiman.
Aiman pun bersemangat jugak time neh.. :)

Aiman tak kesah. dah macam anak Gaza bila tgok dia. :)
Ayuh bangkit kawan2 ku, bangun dari lamunan mimpy, sedarlah kita sekarang sudah berada diakhir zaman. Hanya Allah swt yg tahu bila hari kiamat akan berlaku. We still have time to realize, to repent and pray a lot to Him. Apa yang kita mampu untuk menolong saudara kita di Gaza? 

  • Jangan pernah lupa untuk doakan mereka, kerana doa adalah senjata umat islam, Allah swt sentiasa mendengar setiap bait doa yg kita lafazkan.
  •  Boikot barang2 israel. Israel laknatullah tidak takut kita boikot barangan mereka, tapi mereka takut ekonomi mereka jatuh merudum. 
  • Bagi yang mampu pula, dermalah ikut kemampuan anda, derma  dengan hati yang ikhlas dan dermalah kerana Allah swt.
  • Last but not least, as a bloggers, kita juga boleh sampaikan pesanan kpd rakan2 yg lain supaya boikot barangan israel, senaraikan barang2 israel yg terdapat di Malaysia, berdoa kpd saudara kita di Gaza dan tunjukkan kezaliman tentera israel melalui gambar or video dalam blog kita. 

Semoga kita semua dilindungi olehNya. Amin. Sekarang ni israel dah mula diam sebab apa? Saja nak bagi manusia leka sekejap, n stop bantu Gaza, bila kita teralit sikit, israel laknatullah tu akan serang balik la..Nampak permainan dia disitu? So, as a Muslim, please lah jangan berhenti berdoa dan bertindaklah segera, jangan berhenti memboikot barangan mereka, jangan berhenti menderma kpd mereka, jangan berhenti meng"post"kan kezaliman Israel di FB, Tweeter or dimana-mana, jangan lupa israel laknatullah tu boleh serang bila2 masa saja. Bayangkan kalau kita berada didalam situasi yang sama? Apa yang anda rasa? Marilah kita berfikir n renungkan bersama-sama.........Assalamualaikum..



p.s~ Pray for Gaza. Allahuakbar. May Allah bless us..Amin




Friday, 21 December 2012

Assalamualaikum n Happy Friday yoooo...
Ohyeahh dah hari Jumaat yo, esok cuti yooo..hehe..berapa byk yoo lah..
Ok ak telah di tag oleh cik Shima Mazlan utk join GA ni...So, tunggu apa lagi jom laa join sekali...
Kalo nak join klik link kat bawah banner ni yooo.....


Kat sini i ada tag 3 org blogger yg bertuah ye....hee
Ok, u'ollzz selamat bergiveaway yo....Have a nice weekends okeyh u'ollzz...

Wednesday, 19 December 2012

Assalamualaikum wbt & Happy Wednesday & Salam 1Bloggers.. :)

Haishhh harinie aku rasa geram sangat3....grrrrrr....bukan harinie je tapi ada lagi hari2 yg selalu buat aku geram..jahat betol la hari ni..Hari tu bukan nama orang ye ceq..Okeyh sebab apa yg menyebabkan aku geram ni......
Aku geram sebab, as u all know, eh3 bajet semua org tau pulak kan, aku kan sekarang tgh praktikal, pergi tempat praktikal dengan Nouvos kesayangan aku tue la..Merempit naek scooter ja baq hang....Yang buat aku geram sangat3 ni bilaa ada mat2 rempit or minah rempit (bhs rempit tu aku gunakan khas utk org yg bawak moto, kalau org tua yg bawak moto pon aku pnggil pakcik rempit jugak, terikut gan anak sedara aku la ni)  kat belakang aku dok ikot belakang bontot nouvos aku rapat2 macam nak cium bontot nouvos aku plak, kalau nak potong, potong je laa, jangan laa bagi penunggang yg berhemah lagi sopan ni gabra n nebes pulak kan..kang ni makan die haa.....Mencik3 bila jadi macam ni....

                                            muka geram..grrrr..makang die makang die

Dah tu potong pulak style rapat2 baq hang, ya Allah aku ni dah laa lemah semangat sikit, naseb baik aku pandai mengawal keadaan kan, aicehh bajet dh pro la ni kan....
Lagi satu aku geram bila ada orang hon tanpa sebab..Contoh kenderaan besaq2 pon sama naik baq hang, lori or bas tiba2 dok main hon pasaipaa....Terkejottt ceq tauu...,huhuhu...Bila terkejut mula la melatah sorang2 kat atas moto, naseb baek aku bukan jenis melatah yg buat aksi2 merbahaya kan...Kalau terkejut pastu melatah lompat dr moto mampoih baq hang..Alhamdulillah aku bukanlah seorang pelatah yg tegar ye...

Haa lagi satu benda yang buat aku geram gilerrzz lah kan, bila time jemm, bila time jemmm ni laa mat2 rempit n minat rempit kelam kabut nak menyelit2 dicelah2 jalan yang sempit kan...Haishh plishh laa...
Aku ni dah laa lemah sikit bab menyelit nyelit ni..So sapa2 yg ada kat belakang aku tu, harap bersabar je laaa ye, aku tak berapa nak expert sangat bab menyelit, sebab xbelajaq lagi bab tu la...HAHAH..padan muka kan sapa suruh ikot belakang bontot nouvos aku, kan xboleh main selit2 dah..bwekkkkkk.....

Bila teringat balik kan, ada satu haritue time nak balik keja, tiba2 aku dah xboleh nak selit dah sebab aku ter"stuck" kat belakang 1 lori yg amat besaq, aku takot nak menyelit kat sebelah dia, yang moto kat belakang aku dok usha aku ja, aku usha dia balik guna cermin sisi aku la kan, aku buat muka selamber n xbersalah ja, lantak la kan, aku xmau tanggung risiko lalu kat jalan yg sempit n sebelah tu ada longkang, uishh no no noooooo don't punk with my heart, xrela nak lalu, so aku tunggu je la, actually kalau aku lalu kat jalan sempit sebelah lori tu, moto2 lain boleh laa menyelit sama n potong lori tu kan, so disebabkan aku xlalu so semua mat2 rempit n minah rempit kat belakang aku tension je menunggu lori tu jalan, sbb kat depan tu traffic light merah..kena tunggu jugak la walaupun xleh menyelit kan..huahuahua...Saja jaa xmau lalu kat jalan tu, nak ajaq sikit kat mat2 rempit n minah rempit supaya jadi seorang yg sabar..Kan sabar itu separuh drp iman..hehhehee.. (cover2) :D

 
Hee, Ok byee u'ollzz..Sesiapa yg merempit jugak, berhati-hati lah bawak moto ye, ingatlah orang tersayang tau...Jadilah pemandu yg berhemah n sopan macam i neh ha..hehe ^________^
 Assalamualaikum wbt..

p/s~ Dont 4get to pray for Gaza ok....May Allah bless us..Amin



Tuesday, 18 December 2012

Assalamualaikum wbt..
Petang2 ni jom bersantai sambil join Segmen: Cer Teka Cer Teka..Macam menarik je kannn..hehe..Apa lagi cepat la join syg2ku sekalian..Klik link bawah banner tu ye kalo nak join.



Cer Teka Cer Teka gambar dibawah....Meh ceq nak teka naa....Hopefully betol la kan..hee

 
My Answer:
  1.  Diana Amir
  2.  Hanez Suraya
  3.  Almy Nadia
  4. Yatt Hamzah
  5. Fara Fauzana
  6. Aqasha
  7. Awal Ashaari
  8. Jehan Miskin 
  9. Nazim Othman
Ok, DONE..hee....Hopefully semua betol la kan..hee..
Ok guyz, good luck! ^_________^
 Assalamualaikum wbt

Assalamualaikum wbt & Salam 1Bloggers u'ollzz..
Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya..eh3 macam nak tulis surat kiriman tidak rasmi la pulak kan..hee...Ok harinie hari Selasa dah....So?? hee..saja la kan nak bagitahu kot2 ada yang dok verangan lagi ingat harinie dah hari jumaat ke kan..hehe....
Harinie macam biasa, buat rutin harian iaitu berkunjung ke blog2 yg hebat2 n awesommeee, then tiba2 dok tgh jalan tu ternampak Photo Contest by Hanna nabiella ni..So, apalagi sementara ada masa terluang ni, i pon join la..U'ollz kalau nak join klik link yg berwarna kat bawah banner tu tau.....


 
No matter what u do, please TRUST  YOURSELF &  BE YOURSELF..

 
BE YOURSELF & QUIT TRYING TO BE EVERYONE ELSE.. 


Ok everyone, jom la join contest ni ramai2...Ok just be yourself! May Allah bless us..Amin..
Assalamualaikum..

p.s~ Don't forget to Pray 4 Gaza.... :)


Monday, 17 December 2012

Assalamualaikum wbt & Salam 1Bloggers..heeee...
Alhamdulillah we're still breathing, n masih boleh menaip entry baru lagi kan...Alhamdulillah... ^_______^
Okeyh, last weeks, tanpa dirancang, tanpa diduga, tanpa difikir nak pergi ke mana-mana, sebab malas sangat2 , ingat nak dok kat rumah je, yelaa Rumahku Syurga ku rite, tiba2 ayah n ibuku ajak pergi Teluk Intan nak ambil cucu2 kesayangan mereka..huahuahua...Amsyar n Aiman adalah anak kak long aku n anak menakan yg paling bertuah sgt2 kan.. =,= haha..

Cuti sekolah yg panjang ni, kak long aku post depa kt atok n opah depa kat Telok Intan,Perak...Lama jugak depa dok sana, sampai laa Tok Ayah dah rinduu nak p ambik depa kan..Padahal kak long aku rilex je tinggal anak dia kat kampong suami dia tue..hehe....Tokayah pulak yg kalut rindu dekat cucu kesayangan die...Nak dijadikan ceghita, aku n kak ngah aku pun buat laa keputusan untuk mengikut ibu, ayah n kak long aku ambik monster2 kecik tu kat sana...Bajet nak p sehari ja, balik petang kan, tapiiiii...On the way 2, dalam kereta, macam2 idea keluaq baq hang..Ibu ayah aku cadang nak p tidoq kat Pulau Pangkor la, kak long aku plak mmg dia plan nak tidoq sehari kat umah mak mentua dia, then aku n kak ngah aku macam "Whattttt??"..dah laa cuti 2hari ja, buat macam cuti 2minggu kan..pfffffttt...Ayah aku xpalaa dh pencen boleh je nak g melancong bila2 masa kan..Kak long aku pulak dia cuti isnin sampai rabu so dia macam rilex ja la kan, kalo tak cuti awai2 dia bantah dah...Nak xnak aku n kak ngah ikut je laa plan diorang.....huahuahuaa

Atas ni laa monster2 yg kena tinggai tu, Aiman yg tak tgok kamera n Amsyar yg paling besaq tu ha, heee..Adam tengah2 tak ikut abg diorang dok Telok Intan..Anak2 sedara kesayangan maksu..I'm maksu okeyh..hehe....Aku selalu mengusik depa...hehe... ^____^

Okeyh, next, lepas amik depa tu ayah aku kol anak sedara dia yang dok dekat Sitiawan sbb anak sdara dia ada kenalan kat Pulau Pangkor mana tau ada rezeki boleh la tidoq sehari kat sana kan..Plan yg tak dirancang memang macam tu kan..Dah laa xbooking, pastu sesedap rasa ja nak p tidoq sana kan...haishhh..mambang tanah betol..hehe..Then sampai kat next stop, rumah anak sedara ayah aku kat Setiawan, Perak..Wahh Perak dah lain, makin chantek n byk shopping mall yg dah bukak kat sana...Lama jugak la aku xjejalan mai kat Perak..Sementara tunggu anak sedara ayah aku pulang dari keja, naik pulak idea lain baq hang..Kak long aku nak p jejalan kat Lumut beli belah kat sana kot...Kalau nak p Pulau Pangkor macam dah lewat pulak sbb masa tu dah petang, n anak sedara ayah aku pulak xbalik lagi dr kerja..Bini dia suruh tido kat umah depa tu je..Last2 tidoq kat Sitiawan..

 

 Malam tu bini dia bawak p jalan2 laa..Kami p Marina Island, Lumut..Chantek gila baq hang...Dah lain kot..Tapi malam tu macam hujan sikit2..So, jalan pun sikit ja la, sebab bawak anak2 monster tu, takot demam pulak depa kan...Jalan2 sampai kat jetty then patah balik, pegi Lumut pulak...

 Gambar atas ni dr sumber Google ye, sbb xsempat nk ambik gmbr chantek2 sbb hujan..huhu

Jalan-jalan dalam hujan with rainbow umbrella elaa elaa..hee..
Kak long n her heross...hehe

 Lepas jalan2 kat Lumut kami pun balik Sitiawan, alaa nak pergi Marina Islan n Lumut tak jauh mana pun...Sangat chantek ok view dia waktu malam...Romantik gituu..Hohoho
Keesokan harinya pulak kami balik..Balik kee?? :P  Hmmm on the way balik tu, muncul pulak idea lain kan, disebabkan nak balik lalu ikut jalan Taiping, kak long aku cakap kalau singgah kat Zoo Taiping pon ok jugak, boleh bawak anak2 dia g jejalan kat zoo, kan cuti sekolahh...pffttt...haha..U see u see, semuanya dirancang dengan serta merta, rasanya family aku ni memang suka buat pelan yg  tak dirancang tapi  menjadi...Alhamdulillah..Cuma nak pergi Pulau Pangkor tu ja yg xjadi atas sebab2 yg tertentu..hee..Last2 minute pergi tempat lain pun jadi la kan..Macam tak percaya ja, cuti weekend 2 hari tu boleh pegi macam2 tempat kan..hehe..Adoiyaiiii....Ok, let see da picca..

 
xsempat nak ambik gambaq tiket,huhu, sumber google je laa..

  
Muka2 ceria sebab dapat masuk zoo melawat kawan2 depa kat sana..hehehhee.. :P 

Antara haiwan2 yg ada..Best sangat..P laa ajak ur family pegi jalan2 kat Zoo Taiping.. :) 

                                      Gambar ni Amsyar yg suruh tangkap, sbb dia cakap nak ubah gambaq 
                                                   DP kat FB die....pfffttt.. =,= hee...Kecik2 dah ber"fb" kan..haishh..

Ok laa, sampai takat sini saja entry kali ni, memang nak tulis ni pun xdirancang, tiba2 ja keluaq idea nak taip entry neh..hehe..Ok Have A Nice Day u'ollzz...May Allah bless us..Amin... :)
Assalamualaikum wbt..

Muka2 ceria sebab dapat pergi jalan2..heeee

p.s~Don't forget to  Pray 4 Gaza ok u'ollzz....
 


.

Assalamualaikum wbt & Happy Monday u'ollzz.....
Ok pagi2 ni jom kita bersantai di blog sis Leeza yg sangat santai ye u'ollzz... :)
Senang je nak join, sambil join boleh laa kita jalan2 n bersantai di blog bloggers yg join segmen ni kan...
Kalau u'ollz nak join klik link kat bawah banner tu ye...Ok have a nice day n selamat bersantai u'ollz.. ^_________^

                                       Jom join ramai2..Sila    KLIK sini yee

p/s~ Don't forget to pray 4 Gaza ok..May Allah bless us..Amin
 


Thursday, 13 December 2012

Assalamualaikum wbt & Happy Thursday u'ollz....heee
Ohooiii, sekarang ni kan aku rasa aku banyak verangan lah..haishh..
Bayangkan naek moto scooter kesayangan aku tu pong aku boleh verangan...Astaghfirullah al azim..
Nak dijadikan ceghita..Ni buka mereka reka ceghita tapi ni betoi2 baq hang..Tudia2 dia keluaq dah bahasa utagha dia..hehe..opsss sorry...Yg dok key ell n sewaktu dengannya ampa try baca ikot loghat utagha tengok mesty funny+awkward kan3...Aku yg dengaq pon rasa lawak n pelikkk kott....Penyelia aku kat sini pun dok cakap utagha gan aku kadang2, tapi semalam aku dapat detect yg bahasa utagha dia tu macam pelik semacam n funny bila aku dengaq, naseb baek aku xtergelak time dia cakap tu, tangan aku dok cubit2 ja paha untuk tahan gelak aku yg besaq neh baq hang..heheh..Okeyh2, aku nak ceghita pasai laen keluaq pasai laen, punya pasai lah kan....

Sambung2.. Harini masuk hari ke10 aku praktikal..Macam biasa aku pergi naik moto Nouvos aku la kan...Merempit la aku pagi2 kan...dah laa banyak keta,lori n bas2 yg ada la kan,  bayangkan la aku yg bawak moto je, terpaksa menyelit2 di celah2 kereta n kenderaan besaq tu....Tapi hebat jugak aku kan...Hari first n second tu ayah aku antaq, pastu pandai2 sendiri la ye kak....huhu..

.
Selalunya kan kat traffic light aku asyik dapat kaler hijau je, so memang aku akan sampai awai la..Masuk pukul 8.10 tapi aku sampai 7.50, so macam boring laaa jugak kan kena tunggu kak tu bukak pintu lab ni..So harinie aku buat experiment sikit, aku keluaq umah pukul 7.30pg..Aku buat mcm lambat2 sikit, siap p isi minyak lagi kat Petronas kan...Dalam perjalanan tu, aku dok verangan punya banyak benda..Ha lupa nak habaq harinie traffic light yg aku lalu semua merah, hambek hang.

Dah selalu sangat ijau hang komplen kan, bila dapat merah, tunggu laaa...Tunggu punya tunggu, ada sorang apek kat depan aku ni bawak buah durian punya la belambak habaq hang...Aku dah macam terliuq gak laa..Apek tu dok heran kenapa laa aku dok tengok dia, nie apek haa gua tengok itu durian bukan apek laa..haiyakkk...Aku dok verangan makan durian n kalau la dapat isi yg manis2 n lemak macam susu kan best...Dalam aku dok verangan apek tu menghilangkan dirinya, tiba2 fushhh3 hilang abis verangan aku, kelam kabut aku pulas minyak kan, naseb baek aku bawak moto scooter so xpayah la nak kalut2 tukaq gear bagai...Naseb baek itu kereta punya belakang haa tak hon gua maa....Kalau x malu aja..hihi...

 Next traffic light pulak, ada sepasang suami isteri ni naek moto jugak..Tiba2 aku verangan, kan best kalau nnt bila dah kawen suami tolong hantaq p keja pulak kan..hmmm...Indahnya dunia.....muka verangan aku macam gambaq spongebob kat atas tu..hehe..gatai sangat haishh..cepat2 istighfar, Astaghfirullah al azim, so verangan aku tadi kejap je laa..xdelaa melalut sampai ke laut kan kan..heheheh...

 Dekat satu lg traffic light pon merah lagi baq hang, verangan lagi laa nampaknya..
Sekarang verangan bila tengok keta mewah, kereta sport rasanya, aku jenis2 kereta ni aku xberapa reti sangat, yang aku tau aku minat kereta Volkswagen, Honda crv or apa ntah, Lamborghini n Mercedez.....Dalam hati bila laa aku nak bawak keta macam tu haish, bakal suami tolong belikan boleh tak..hehe...Verangan laa naek dengan bon2 kan, hmmm bestnya, pergi jalan2, makan eskrem, panjang pulak verangan aku kali ni, naseb baek laa aku tersedar apabila ada bunyi ambulans..N lepas tu lampu pun bertukaq kaler ijau...Fuhh naseb baek..hehehhe...
Tengok2 dah sampai dah masuk simpang USM, Alhamdulillah, sampai dengan selamat....Tengok2 jam tepat pukul 8.10...Wahh, on time gittu...So, makna kata esok bertolak dalam pukul 7.30 then boleh laa verangan lagi u'ollz..hehee..Ok daa...

p.s~ Don't forget to pray for Gaza... May Allah bless us..Amin..Assalamualaikum