nuffnang

loveable person

Thursday 19 January 2012

Petua Kecantikan Sepanjang Zaman... :))

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya....Semoga kawan2 yang membaca entry kali nie berada dalam keadaan heppy2 sokmo yelakaan nak cuti CNY...hehehe...termasuk laa aku..tulis entry sambil tersenyum sipu...hahahha..*Gegeh kan* Ok ok ok 4get bout it...

Haaa, di malam jumaat yang mulia ini, aku nak berkongsi tips atau petua kecantikan kat ampa semua...Nak tau dak??  tak mau? tak mau sudahhhh...tapi baca laa sikit penat aku taip ni haaa.. :)
Ok, dalam dunia nie semua orang nak kelihatan cantik kan? tambah2 perempuan laa of cozz u....U jangan tipu i laa cakap u tak nak cantik kan...Ibu kita cakap tak baik tipu tau, doseeee...hehe..

Antara petua2 kecantikan nya ialah:
jeng jeng jeng..

1) Jangan cepat marah...SENYUM itu INDAH..
--> Haa petua yang pertama SENYUM, kalo marah pun cuba la senyum sat...*gila ka apa, time dok berasap telinga tiba2 dok sengih macam kerang terbakar kan* hahha...Makna kata disini, bila rasa nak marah kat seseorang tue try laa control urself ok....Marah sgt tak bagus utk kesihatan..Selain nampak buruk dan hodoh masa marah, ada jugak kesan buruk yg kita dpt drp marah ni tau...tak caya? cuba baca bawah ni haa...



Sainstis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari (saluran darah tersumbat) dan serangan jantung.


Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

So, makna kata bila org yg marah nie dia tak dapat menjaga diri dgn baik n secara automatiknya kecantikan dia tue hilang dgn sekelip mata la kan kan..tak caya, marah2 laa selalu yee... :P




2) Untuk orang yg beragama islam kalau nak cantik dari segi luaran dan dalaman tue kena laa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
 Statement slalu cakap amik air sembahyang dapat membuat anda cantik dan awet muda kan, but bagi aku la kan, kalo setakat amik air sembahyang semata-mata nak cantik tapi tak sembahyang baik tak payah laa kan..Buat sesuatu benda tue dengan ikhlas, kalau kita setakat buat benda tu semata-mata dengan niat tak betul, tak jadi jugak kan.. Kita kalau boleh nak cantik luaran dan dalaman sekali..Kalau luaran saja cantik, tapi dalaman macam HAMPEH, tak tau laa cek nak kata apa kan..Ha keluaq dah bahasa penang dia..hehehe...





3) Kalau nak lebih cantik lagi kan, perlulah ada ilmu....
Manusia zaman sekarang nie mulut jaa pandai cakap, cakap tanpa berfikir, padahal ilmu tak ada pun kan.....Suka sangat nak hentam orang sana sini tanpa fikir perasaan orang yg dihentam tu kan...So adakah ciri2 orang mcm nie boleh di klasifikasikan sebagai chantek?? ABSOLUTELY NOT ok!! Kalau nak cantik, n nak orang hormat kita, kita perlu ada ilmu di dada... Jangan suka nak hentam org ja, nnt orang tak suka, menyampah, meluat, n aura kecantikan anda tu hilang dalam sekelip mata ja...BELIEVE IT OR NOT, BELIEVE IT.. *ayat aku malam nie sempoi plak dah* hahhaa...





Kita sebagai khalifah di muka bumi ini sentiasa melakukan kesalahan atau dosa secara sedar or tanpa kita sedari, we're not perfect, tak ada yang sempurna dalam dunia ini kecuali Allah SWT, Jadi kalau rasa2 diri kita banyak buat dosa cepat2 laa mintak ampun kepada Allah swt dan kembali ke jalan yang benar...
Berubah lah ke arah kebaikan bukan keburukan...
*Pesan pada diri sendiri jugak*.. :)) Assalamulaikum..






2 comments: