nuffnang

loveable person

Thursday 28 February 2013

Assalamualaikum & Morning peeps!

Haaa, awass awasss awasss ye semua! Kenapa pagi-pagi ni aku dok awass awas sorang2 kan, haa saja nak bagi peringatan kepada bloggers2 yang disayangi, readers2 yang dikasihi dan sahabat2 yang dihormati sekalian..

As you all know, alamak terspeaking plak, nasib baek tak keluaq bahasa german kan, hee, ok3 mood serious, tolong laa berhati-hati dengan orang yang baru korang kenali, tak dikenali atau baru dikenali...Sebab apakah? Yelaaa sekarang ni dah banyak kes-kes jenayah yang berlaku kat negara kita...
                                      
Kes culik, kes hilang kanak2, kes rompak, kes bunuh, apa kes? Kes-kes ni berlaku maybe disebabkan kelalaian kita sendiri jugak kan....Dulu masa aku kecik2 ibu aku selalu pesan, kalau ada orang nak bagi kita cekelet(coklat), cekedi, choki2 ,cekodok, ais krim or air kotak free ke jangan sesekali ambik....

Perbualan pesanan ibu kepada aku yang masih aku ingat sampai sekarang..

 (masa tu aku budak2 lagi, still noob n suka bertanya) hee


Ibu :  Kalau nanti kat sekolah time tunggu bas sekolah, tiba-tiba ada orang bagi air free ke,
         aiskrim, cekelet ke jangan ambik tau..

Me : Sebab apa ibu?

Ibu: Yelaa mana tau orang yang bagi tu ada niat jahat nak apa-apakan kita ke kan...


Me : Niat jahat apa ibu?


Ibu: Yelaa, mana tau dia nak culik ke nak buat apa2 yang tak elok laa..


Me : Macam mana ibu tau?


Ibu:  =,=




Aku kalau bab tanya memang serah kat aku, dulu kecik2 memang aku suka bertanya, nampak macam pelik sikit je benda tu, mesti aku akan tanya dekat ibu or ayah aku sampai diorang penat dan malas nak jawab..bhahahahah.. Ok2, so guys please berhati-hati dan sesiapa yang mempunyai anak tu sentiasa pesan dekat diorang tau.

.Nak tau contoh tektik kotor penjenayah tak? 

Ce tengok kenyataan kat bawah...Sumber dari Facebook..

AWAS TEKTIK KOTOR PENJENAYAH

"Saya ingin mendedahkan satu tektik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. "



                                                                          [SEBARKAN]

P.S~ Terharu sangat harinie sebab dapat tau menjadi salah seorang pemenang dalam segmen yang dianjurkan oleh Kak Mia ...Thank Q so much kak mia...Jom terjah blog KAK MIA.. ^_____^



Wednesday 27 February 2013

Assalamualaikum & Happy Wednesday!
Hellow lovely peeps!

Pernah tak tengok orang gantung helmet kat situ????
Wuarghhh, ini semua keja budak praktikal sekali dengan aku, dia dengki dengan helmet aku yang chantek tu kot, then dia cuba nak bawak sorok helmet ni, aku cari-cari tengok2 boleh dia gantung kat situ......WhatTheFish...grrrr

Wa nampak lu kecik besaq kecik besaq je der......hahaha...Masa dia gantung tu aku p toilet, masuk2 office dia dok gelak sorang2, pastu yang tak boleh belah dia siap tangkap gambaq helmet ni kot, then sent kat FB aku....Haishhh....Sabaq je lah... =,=


P.S~ Sorry la sebab ada ayat pulak kat entry neh, sebab geram n macam lawak pulak bila tengok balik gambaq neh.huhu..Ok, so, nak pesan Berhat-hati dalam bergurau, kang helmet ni makannyaa..hehe :P Assalamualaikum

Tuesday 26 February 2013

Assalamualaikum & Salam 1Bloggers!
Helloww peepss!

Ok sebelum apa-apa dan di apa-apakan, aku nak bagitau yang blog ni dihuni oleh dua orang makhluk yang paling sexy paling sexy sekali, (tiba2 kuar lagu indon tu plak)  tapi his just my site writer...Rasanya kalau yang selalu layan blog aku dia tau kan,*ada ke yang layan eyh*  iaitu bon2 a.k.a miniPanda...hehe..Bon2 pun teringin ada blog tapi masalahnya biasalaa kan lelaki ni kan pemalas, dia dah ada blog, tapi berhabuk bersawang tak terkira, last2 bon2 delete terus blog dia sebab malas nak bersihkan sawang-sawang tu semua, haishh bf sapa la ni kan malas betol..hehe..... =,=
Ok, harap korang tak confuse la eyh siapa yang post nanti, kalau bon2 yang post entry nanti, i'll make sure he will mention it dekat P.S ok? :)

Haaaa, INFO terbaek neh....Info neh khas untuk lelaki bukan untuk perempuan ye, kalau perempuan buncit tue makna kata maybe dia mengandung or banyak angin kot dalam perot, ahaha... :P


Kalau lelaki perut buncit sexy kah? Hehehe, tapi kalau aku kan, aku tak kisah, nanti kalau kawen, for sure
perut bon2 buncit , boroi n boyot punya, ahahha, NO problemo, selagi hati masih sayang so tiada masalah, betoi dak?....Bagi perempuan kalau suami dia nanti dah boroi n gemok dia tetap sayang, sebab mengikut kajian kan, lelaki perut boroi ni seorang yang peyayang dan berfikiran jauhh..Betoi ka? hahah....
Kalau tak percaya ce baca info bawah ni...... :D


Tapi aku rasa fakta ni macam betoi pun ada, semua lelaki yang dah berkawen mesti buncit or boroi or boyot kan....Kajian ini dibuat oleh aku dekat ayah, abang kandung dan abang ipaq aku...Semuanya boroi..hehee..Maybe sebab bahagia sangat kan dan bini pulak dok sumbat macam-macam makanan..haha.....

Biaq laa kalau lelaki buncit berkemungkinan besaq tak dak laa yang berkenan kot kan,  kalau lelaki yang jenis gatai miang tu tak boleh nak kata apa la kan,  dia rasa dia sexy la konon tu yang boleh menggatai kan..Kalau dah kawen tu jaga isteri sorang tu dah laa, tak payah nak menggatai dengan anak dara orang pulak ye...Dan untuk perempuan2 di luar sana, kalau dah tau lelaki tu dah berkawen, jauhkan diri anda ok, jangan jadi orang ke tiga yang memusnahkan rumahtangga orang lain...

Untuk lelaki yang dah berkahwin jadi sexy untuk isteri anda sudehh ok....Sesungguhnya buncit itu SEXY...hhehe..Jangan sedih2 kalau nanti pas kawen perut jadi boroi ye, sebab isteri anda tak kan kisah bentuk badan dan rupa paras, yang penting hati kan...
So, bon2 i hope nanti lepas kawen u punya perot ada itu boroi dan boyot maa ...hehe :P

So, kesimpulannya disini, sesiapa yang dah kawen tapi tak boroi dan buncit makna kata anda tidak sexy la....ahhaha, KBai..... :P Assalamualaikum 



Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 

Salam 1 Panda~ TROLOLOLOLOL~ xD


Ada 1 persoalan yg bermain di mindaku semalam.. Adakah org lain (terutamanya lelaki) yg menyimpan sweet2 txt msg yg GF/BF korg send dlm phone? Bunyi cm retard kn kalo lelaki simpan benda2 alah cmni tp bg aku xsalah kn kita simpan sbb kdg2 bila baca blk sweet txt ni hati and perasaan akan berbunga kembali..org kata cinta akan kembali mekar..hahaha choi!

So here are a few selected original txt msgs yg bam2 aku send dahulu kala ^_^



Moral of the story is sometimes small things can make a big changes in life. Even though txt msg can be written all over again in the same way but you cant never change the feelings when 1st time receiving it. What i mean is those sweet ones. Tambah2 lak kalau dikarang sendiri oleh org yang kita sayang tanpa di-copy dari mana2..Even if copy pon xkesah lah janji ikhlas dari hati..

p.s~ Its me Bon2, NOT Seneorita Baharin a.k.a Bam2 .. :)
PS~Yeah its me who write and post it not SB :P -tgk kat bwh tu posted by MiniPanda..^__^

Mood exaggerator xD

Monday 25 February 2013

Assalamualaikum wbt & Happy Monday!
Helloww peeps!

Dalam hidup ni semua orang ada impian kan? Setiap orang ada impian masing-masing kan kan...Kalau tak dak tu tipu laa, mak aku cakap tak baek tipu tauu, dosaaa... :P Hmm,  ada yang impikan nak kawen dengan anak raja, yang tu aku rasa bukan impian tapi mimpi,hehe, ada yang impikan nak belajar ke oversea, ada yang nak beli mini cooper, ada yang nak jadi ratu chantek,haha, macam2 laa impian...Kalau just ada impian & cita-cita  tapi kalau tak berusaha tak dak maknanyerkkk la kan......


Ada tak impian yang tercapai setakat ni? Hmm, kalau tanya aku, aku rasa banyak lagi impian yang belum tercapai..... T_____T Hmm, cuma Alhamdulillah ada laa impian dan cita-cita aku dari kecik tercapai, selalu je berangan nak pergi luar negara....dan aku tak expect pun dapat pergi sana....Ramai yang bertanya dekat aku macam mana dapat pergi ke German tu kan? Adakah aku study kat German or just suka2 pergi eyh? Hmm, meh nak cerita sikit eyh...

Semuanya bermula apabila pihak sekolah memanggil aku dan beberapa kawan lagi ke pejabat dan bagi borang pertukaran pelajar untuk di isi, then lepas antar borang tu pihak sekolah cakap kena tunggu dulu panggilan interview, kalau terpilih,  dapat laa pergi interview tu.....Time tu aku baru form5 tahun 2008.
Hmm, dalam hati aku cakap time tu, kan syiok kalau dapat pergi ke sana, mesti dapat banyak pengalaman...Masa tu dok berangan laa nak pergi sana....hee

Then, beberapa minggu kemudian, tak sangka pulak dapat pergi interview tu...Hmm, biasalaa kalau interview tu mesti laa banyak soalan yang perlu kita jawab kan, aku just be confident je time interview tu...Lepas habis interview, aku rasa lega sangat, dalam hati aku cakap, kalau tak dapat pun tak pe, kalau dapat Alhamdulillah....Kalau nak tau organization apa yang aku join klik AFS Malaysia.. 
Bagi adik2 yang still bersekolah menengah tu, boleh laa join kalau nak eyh....Seriously tak rugi pun tau..

Tanpa dijangka, rezeki menyebelahi aku, Alhamdulillah, aku berjaya dalam interview tersebut dan dapat pergi ke negara pilihan iaitu German...dan kawan aku lagi sorang dapat pergi ke China..1 sekolah diorang just pilih 2 orang macam tu laa...
Awal tahun 2009 aku pun pergi ke German sebagai exchange students selama 1tahun dan tinggal bersama keluarga angkat German...Haa bawah ni gambar parents angkat aku kat sana..Diorang baik sangat dan hormati agama islam kita.. Selama aku kat sana diorang layan aku macam anak kandung diorang sendiri..Seriously...


Sepanjang aku berada dekat sana, banyak pengalaman hidup yang dikutip, dan pengalaman2 tersebut mendewasakan aku.....Yelaa, just imagine kau sorang2 duduk dekat negara asing, lain budaya, lain agama dan semuanya lain laa...Masa 2nd week tu aku jadi homesick, tapi nasib baik homesick aku tu tak teruk...Nasib baik laa ada FB dan kalau rindu sangat3 baru telefon, sebab kalau hari2 telefon bankrupt la, haha, mahal kot...huhu...

haha, tergelak aku tengok gambar ni...Pendeknyaaa aku..huhu :P Time neh sejuk gila, yelaa hang bayangkan laa dekat Malaysia panas kan, tiba2 tukar cuaca mau tak demam aku..hehee...Yg baju oren tu adik angkat aku..Nama dia Diana..She's handicapped..huhu...Selalu je kacau aku, tapi dialaa bestfriend aku sepanjang aku dok sana..hee..

Ni laa mak angkat aku, she's lovely mother.... :)

Kat sana aku kena masuk Gymnasium Schule or High School...Alhamdulillah dapat laa kawan2 baru kat sana...Diorang semua sangat friendly...tak sombong..Masalah muncul bila nak cakap je, yelaa baru datang mana laa aku nak tau cakap German..diorang pulak tak berapa reti cakap omputih, dan diorang tak suka cakap bi....Orang german ni lebih agungkan bahasa diorang tau, tak macam kita..tetttttt......
Nak belajar bahasa German tu bukan senang, disebabkan aku force diri aku untuk belajar bahasa diorang, alhamdulillah dekat sebulan aku dok sana, aku boleh sembang dengan kawan2 kelas dalam bahasa german...So, tak payah risau kalau ada orang kutuk aku dah boleh faham..haha..


  Gambar atas ni dah seminggu aku masuk kelas diorang....tapi tengok macam dah lama kenal kan...Diorang semua sangat happening..Rinduu kat depa...Masa nak balik German, sedih sangat, kawan rapat aku Helina n da geng buat surprise party kat aku, terharu sangat....Bila dah sampai Malaysia, diorang still berhubung dengan aku, siap post poskad dan hadiah lagi....Diorang ni memang rapat antara 1 sama lain..

Hmm, selama 1tahun aku sana, family angkat aku dah bawak aku macam2 tempat kat German....Hamburg, Berlin, Hannover, Munich, banyak laa tak terkira..Dan yang bestnya, bukan setakat kat German je, parents angkat aku ni bawak aku holiday dengan diorang dekat luar negara lagi tau...Mestilaa diorang support...

Antara tempat yang dah aku jejaki ialah Denmark, Paris, Switzeland, Belanda dan Austria....Aku tak sangka diorang nak angkut aku p holiday gan diorang sekali, selalunya kalau pertukaran pelajar ni kan, family angkat boleh je tak nak bawak anak angkat diorang dan hantar dekat mana-mana keluarga angkat sementara..Tapi alhamdulillah laa, sebab aku dapat family angkat yang sangat baik dan memahami aku....



Gambar kat atas ni masa dekat Denmark...Kat Denmark pun ada LEGOLAND tau, ticket semua family angkat aku yang sponsor...


Atas ni pulak kami bercuti di Austria, time neh summer, walaupun cuaca panas tapi angin dia sangat sejukk...Cuma letih sikit laa nak panjat gunung tu...huhuu..Aku jadi photographer time 2...hehe..



Gambar kat atas ni pulak dekat France, siap ada gambar hotel lagi kan...Tapi yang sedihnya tak dapat tangkap dengan Eifel Tower sebab bateri kamera aku kong, mak angkat aku tu pulak tak bawak henset dia...Diorang ni tak pakai handphone berkamera pulak, memang sedihh sangat.. :'( Takpe2 nanti ada rezeki nak ajak bon2 honeymoon kat France laa...hee



 Tengok kat tengah jalan pun ada train eh tram kot nama die...hehe...dasyat tak? Kalau penang buat macam  ni  kan best..

 Gambar2 kat atas tu pulak dekat Switzeland.. Rugi sungguh aku rasa, sebab sepanjang aku ada dekat sana, aku tak banyak tangkap gambar yang chantek2 sangat..huhuh...Adoii..menyesal pulak rasa...takpelaa nak buat macam mana kan, yang penting kenangan tu tetap berada di minda....Impian sudah jadi kenyataan dan kini jadi kenangan dalam hidup aku........


                     Haa, aktiviti aku setiap minggu naik kuda dengan adik angkat aku....best sangat...rindu dekat
                       kuda yang selalu aku naik tu, nama dia Alejandro...

    Time to play snow! Masa ni first time dalam hidup aku main salji! Siap makan lagi tau....Sedap tak
     terkira..haahhaa.. :P

Atas ni gambar abang angkat aku...dia study dekat dengan Switzeland, masa ni dia balik cuti, dan aku dan family angkat aku naik kapal terbang kecik tu untuk melihat kawasan yang dipenuhi salji...tak caya tengok gambar bawah ni, semuanya nampak putih berseri jee....hehe.SubhanaAllah, time atas kapal terbang kecik tu aku sangat kagum dengan ciptaan Allah swt.....How amazing it is...huhu....


 Gambar-gambar kat atas ni time winter.....Memang tak larat nak main salji..Actually diorang ni tak suka salji sangat, sebab yelaa kalau terlalu banyak salji memang banyak masalah laa kan...bila dah sejuk salji tu akan jadi ais macam kat atas ni, dah membahayakan keselamatan....Kat sana sempat laa aku buat snow man....hehe...Impian jadi kenyataan...dulu kecik2 dok bayangkan yang hujan tu snow...hahahah...adoii..

Haa, kat atas ni gambar kawan2 seMalaysia yang pergi ke German, tapi yang tak bestnya kami semua terpisah ke negeri lain2, i mean, German tu kan besaqq so memang tak dak harapan laa nak dok berdekatan...huhu...

Pada awal tahun 2010 aku dan kawan2 aku pun pulang ke tanah air terchenta...
Tapi dalam tengah bulan 2010, aku pergi ke sana balik sebab family angkat aku rindu katanyaa..hehe..Diorang sponsor tiket pergi balik..Masa tu aku pergi sorang2 la, gila hang dok dalam flight kira-kira 22jam macam tu laa, ya Allah, dah laa masa tu aku pergi sorang2 kan..Nak buat macam mana, dah orang beli tiket kan, pergi je laa...Then, aku turun dekat Lapangan Terbang Shiphol,Amsterdam...Family angkat aku tunggu kat sana...Aku dok selama 4minggu macam tu la sebab time tu tengah cuti semester...Gambar nanti aku bubuh, cari tak jumpa plak, sebab banyak sangat gambar..huhhu


Hmm, sepanjang 1tahun di rantau orang, banyak suka duka yang aku dapat....Tak semua manis, tetap ada yang masin+masam+pahit kan...heehe..Kalau asyik manis je boring laa pulakk..hehe..Yang penting bagi aku MALAYSIA is the BEST ! Sebab tu laa aku tak sambung belajar kat sana, MALAYSIA jugak menjadi pilihan...UiTM dihatiku..hehe..KBAI.. :D

Hmm, walaupun impian aku nak ke negara orang sudah tercapai, tapi still banyak impian lagi yang perlu dicapai, sekarang ni tengah rancak dok berangan lagi kan, hopefully 1 hari nanti impian aku yg satu ni tercapai...Apadia? Biarlahhh rahsiaaaaa.......jeng jeng jeng....heeee...Ok, setakat tu je kot, aku harap pembaca2 yg kusayangi sekalian akan berjaya mencapai impian yang korang idamkan.... Aamiin... :)

Thank Q for readings lovely peeps! Assalamualaikum

Salam & Hello to All Followers, 

I am MiniPanda @ Bon2 and i've been invited to be side author for Senorita's Blog @ my lovely Bam2. ^_^ My writing scope are mostly about Technology and Gaming World. "Sila beri tunjuk ajar" ^_^

PS: This account has been hacked  by me so its me who invited myself LOL~  Jgn marah ar bam2 :p


Saturday 23 February 2013

Assalamualaikum & Happy Weekends all! Hellow peeps...

 Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat la ye, eh2 kenapa ayat aku malam ni macam ayat karangan SPM buat surat tak formal neh. =,= huhu....i'm not in mood rite now...huhu... T______T entahlaa...Kadang-kadang aku rasa macam tak dak sapa dengan aku, i mean tak selalu ada, contoh time kita perlukan someone dekat dengan kita tapi tiba-tiba orang yang kita harapkan tu tak dak, or maybe kita tak nak susahkan dia dengar masalah kita or whatever kan...

Yelaaa takkan kita nak harapkan orang lain dengar masalah kita dan selalu berada dengan kita kan..Lain laa kalau dah kawen kan...Hmm..Kadang-kadang bila kita sedih, kita mesti rasa down kan? dan bila kita nakkan seseorang datang dekat dengan kita untuk bagi semangat or support us tapi dia pulak tak dak...Kita rasa macam lonely sangat...Keseorangan....Sedih...Hmm, pernah rasa tak?
*Tetiba tengah dok taip entry neh terlayan lagu ombak rindu pulekk*...sob sob sob..

Tapi baru aku sedar dan faham, kadangkala Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan sebab Allah rindu nak dengar kita merintih,mengadu,menangis dan bersujud kepadaNya.....


Please, jangan lupa, walaupun orang yang kita harapkan tiada dengan kita, tapi ALLAH SWT selalu ada dengan kita...Tak kira laa time kita sedih, happy, tak da mood, emo or apapun mood yang kita hadapi, ALLAH tetap SETIA bersama dengan kita mendengar rintihan dan doa-doa kita..
Sesungguhnya ALLAH tak pernah jemu mendengar rintihan,keluhan dan isi hati hamba-hambaNya...
Jangan pernah berhenti  mengadu dan berdoa kepadaNya walaupun disaat kita bahagia atau gembira...


Manusia ni mudah lupa, bila diberi kesenangan sikit mulalah leka, bila diberi kebahagiaan sikit mulaa laa seronok hingga lupa dunia, Astaghfirullah al-azim...Aku rasa aku sendiri dalam golongan yang mudah lupa..Ya, tidak dinafikan manusia memang mudah lupa dan terleka dengan dunia yang sementara ini...Maafkan aku yang Allah... Ingat, Allah selalu berada dengan kita tak kira masa,
24jam Dia selalu ada dengan kita...Allah SWT Maha Mendengar...Apa yang tersimpan dalam hati dan segala keluhan di jiwa Allah tahu dan dengar keluhan kita tu...


Kekasih sejati yang takkan pernah pergi meninggalkan kita, walaupun kita terleka tapi Dia tetap disamping kita...Terima kasih Ya Allah...Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati...Tiada siapa yang mengerti, tiada siapa yang simpati, tapi Allah tetap setia di sisi....La Tahzan....

 Remember, Allah SWT  listens and already knows what is in your hearts...... But He wants you to ask Him for what you want.... When we pray, Allah hears more than we say, He answers more than we ask, He gives more than we imagine but, In His own time, In His own way...


p.s~ Remember Allah in prosperity, and He will Remember you in adversity....
        One who remembers Allah is NEVER ALONE....Assalamualaikum



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday 22 February 2013

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua!
Hollaaaa! Esok dah weekend mesti semuanya dalam keadaan gumbira dan eksaited nak cuti termasuk aku...wakakaka...

Haaa FOBIA tu nate apoo? Apo kono eh jang.....Aku rasa dalam dunia ni semua ada fobia masing2 n aku rasa semua orang tau fobia tu nate apa kan..Kalau tak tau meh aku bagitau..

Sumber dari Wikepedia:
"Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti."

Aku ada FOBIA ke eyh? Hmmmm, rasanya, tak dak tapi mustahil lah kalau tak dak kan, so yaa, aku pun salah satu manusia yang terjebak dalam fobia ni....Tapi alhamdulillah aku rasa aku dah dapat atasi beberapa jenis fobia...hehe...Macam mana aku atasinya? Aku masuk Fear Factor Selebriti tu la, alaa takkan hangpa tak perasan aku kot, haha, ke aku yang perasannn kan..hahha..Tak dak maknanya aku nak masuk Fear Factor tu, kalau bagi sejuta pun aku tak mau, semua aksi2 tu ya Allah semua gilo2 punya aksi....Tambah bila berhadapan dengan binatanggggg! Geliiiinyaa makkk...huhuu


Antara  fobia yang dapat aku atasi ialah jeng jeng jeng:

  • Homichlophobia Fobia pada katak.~ Kataakkk! Geli jugakk, tapiii, fobia ni aku dapat atasi time aku sekolah menengah dulu..sebab aku pernah operate katak dalam kelas Biologi..kira hebat la kan aku..Siap boleh pegang n bedah katak itu..Malang sunggu katak itu..Ong dek dek dek...Tapi bila tengok katak lama2 nampak macam comel plak..hahahhaha.. :P 
  • Iatrophobia Fobia jumpa doktor atau fobia pada doktor~ hehe, Aku kalau sakit memang susah sangat nak p jumpa doktor..dari kecik sampai laa besaqqq tara neh haa... :P Tapi kalau sakit teruk tu, dan kena paksa baru laa aku jumpa doktor, tu pun p jumpa dengan keterpaksaan ja..heee..Tapi sekarang aku rasa fobia tu tak teruk sangat dah kot.... :D
  • Acrophobia Fobia pada ketinggian~ Kalau dok tempat yg tinggi je kan, mula laa aku rasa gayattt n rasa macam nak jatuh, dari kecik memang takut dengan tinggi, tapi Alhamdulillah sejak aku p macam2 kem ada je buat climbing rock la apa rock la kan, at last aku berjaya laa atasi kegayatan aku di tempat tinggi...heeee

Fobia yang sampai sekarang aku tak dapat atasi : nom nom nom


  • Helminthophobia Fobia dipenuhi cacing.~ Cacinggg! tengokkk pun dah GELII, apalagi kalau bagi aku pegang, memang pengsann la...Aku tak tau sebab apa aku geli cacing, sebab badan die kot, warghh tengah dok taip2 ni pun dok rasa kegeliannnn tu...Tapi segala jenis binatang yang macam cacing aku geli, ulat gonggok,ulat bulu segala jenis ulat la....Please no binatang2 ini...huhu. T______T
  • Astraphobia Fobia pada petir atau kilat~ Aku tak tau kenapa aku rasa macam takut sangat kalau hujan lebat gila2 ditambah pulak dengan kilat or guruh..Kalau ada bunyi guruh tu jangan laa tinggal aku sorang2 kat rumah, kalau tengah tidur mati tak paa nak tinggal aku or aku tinggal sorang2..Kalau aku berjaga tu memang aku takkan duduk sorang2..heee ..
  • Musophobia Fobia pada tikus~ Waaa geli sama itu tikus maa..Hamster pun aku tak berani pegang inikan pulak TIKUS...geliii...Pleaseeee....Binatang yang berbulu n kecik aku geli, tapi kalau besaq contoh macam kucing or kuda ke aku tak geli n takut..hee..Sebut kuda lama tak ride kuda..huhu..
  • Arrhenphobia  Fobia pada lelaki~haaaaa????hahahha..tak dak laa acah2 je..Aku rasa yang tu ja kot..Haaa, aku fobia kalau "drive" moto tiba-tiba ada kereta mai dekat tak bagi signal nak masuk simpang, grrr geramm, dah nak masuk simpang bagi laa signal, aku pernah excident disebabkan pemandu yg macam tu, sebab tu sekarang ni aku akan elakkan berdekatan dgn kereta dan kurangkan laju kat mana2 simpang..huhu...Dan aku fobia bunyi hon kuat2! tak sukaaa! huhu..Buat jantung aku lemah ja..huhu
Haa, yang tengah membaca entry ni ada fobia apa2 tak? ce share ce share sikit..heee :P :D Ok bye..Assalamualaikum

p.s~ Apapun fobia yang kita ada, jangan terlalu taksub sangat takut tu tau, takutlahh Allah daripada segalanya...Ingat Allah sentiasa bersama kita tau...Reset our mind, cuba elakkan berfikir yang negatif dan set minda yang positif ok....Kalau boleh try laa atasi Fobia yang ada ok..
Peringatan untuk diri sendiri jgk... ^_________^


Thursday 21 February 2013

Assalamualaikum & Happy 1Bloggers!
Helloww air kopi air milowwww... :D

Hari ini hari raya, eh3 apa kejadahnya hari raya..harini otak aku lambat loading tak tau kenapa.... =,= abaikan...Haaa, apa yang istimewa sangat harinie eyh? Tak da pape yang istimewa melainkan nak sambut birthday ibuku yang tersayang....Hari yang teristimewa buat ibuku....

Tanggal 21Februari merupakan hari jadi ibuku yang tercinta....Aku doakan semoga ibuku diberi kesihatan yang sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa happy n ceria bersama anak2 ibu yang bertuah ni.....hee.....I LOVE YOU IBU!


Kali ini sambut birthday ibu kat rumah je, just sambut biasa2 je, but tetap meriah dengan kehadiran anak-anak sedara ku yang monster semuanya....hehe...Hmm, tapi harinie tak boleh nak happy sangat sebab kak long aku masuk hospital, malam ni die operation, doakan untuk kak long aku eyh....Sebab tu laa tak dapat sambut kat luar...huhu...

Btw, disebabkan aku anak yang bertuah, aku ada hadiahkan ibu aku sebuah rumah banglo, hahhaha, gila ka apa, nak beli kereta mini copper pun tak mampu, bukan setakat mini copper kereta cap myvii pun kena tunggu kerja 10bulan gaji kot baru mampu beli... haha :P Aku tak keja lagi baru praktikal, so beli hadiah biasa2 je lah kan...hhee....Aku hadiahkan ibu aku dengan sebuah ciuman dan beg duit/dompet...hee...Hope ibuku suka laaa...Aku rasa our parents tak mengharapkan apa-apa pun daripada kita, diorang just nak anak2 berjaya dunia & akhirat...So hadiah tu belakang kira, kalau dapat aku rasa sure ibu n ayah kita gumbira tak terkata kan.... ^______^


Aku harap sesiapa yang still ada ibu ayah ni, hargai lah diorang selagi masih hidup tau....Aku rasa semua orang tahu, bahawa syurga bagi anak2 ialah dibawah telapak kaki ibu, dan redha Allah terletak kepada redha dari ibu ayah kita.......So, hargailah ibu dan ayah kita tau.....Kalau dulu time kecik2, ibu ayah kita pulun celebrate birthday kita why not bila diorang dah tua kita pulak pulun celebrate birthday ibu ayah kita dan happykan our parents setiap hari okeyh.. Jangan tunggu time birthday ja,  hari-hari lain pun kita boleh jadikan hari yang istimewa buat parents kita....

                                       
p.s~ Sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu ayah kita tak kira diorang masih hidup or sudah meninggal dunia..Doakan yang terbaik buat mereka...Assalamualaikum...May Allah bless us...Aamiin...