nuffnang

loveable person

Sunday, 16 June 2013


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Wednesday, 12 June 2013

                                               Assalamualaikum & Happy Wednesday my lovely peeps

Alhamdulillah i'm still alive, still breathing and finally can update new entry....Hmm, rasanya dah lama tak menghapdate entry kan, dah lama tak berjalan jalan ke blog2 yang awesome, dah lama tak merapu rapuan kan...rinduuuuu aihh...hehe.. Setelah lama menghilangkan diri, kini aku kembali...muahahha..poyoo je ayat kan..ahahahha....tu laa aku sepi ada  laa sebab2 yang tak dapat dielakkan, so that's why sepii je...Sepi tak bermaksud aku tak singgah langsung ke blog2 yang selalu tinggal komen dekat blog aku ni..Selalu je stalk korang...hee..cuma kadang2 tak tertinggal komen sebab internet yang sangattt "LAJU"... sobb sobb sob..

Actually, harini taknak laa merapu sangat, sebab hari rabu selalunya entry bergambo kan, tapi harini tetiba aku excited pulak nak menaip ha..tangan dok menari nari je atas keyboard ni... :P 
Ermm, idea banyak, but tak tau pulak macam mana nak luahkan sebab, beberapa hari yang lepas aku telah menerima kabar yang gumbira..for my future.....Alhamdulillah, aku telah menerima keputusan SPA haritue, dan aku berjaya temuduga yang aku hadiri bulan lepas...UNEXPECTED..tu la rezeki namanya..Alhamdulillah Ya Allah.....

Walaupun ramai macam, oittt betoi ka hang ni...Aikk kenapa tukaq kos pulak, dulu bukan hang amik CS ka macam mana boleh terlepas bahagian ni pulak kan...Macam2 la kan feedback yang aku dapat, but kebanyakannya mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat diriku..aicehh...terima kasih sangat3..

Kadang-kadang benda yang kita nak tu tak dapat, dan kadang-kadang benda yang kita tak dapat tu la yang kita dapat kan..haa faham dak?haha..Ok, FYI, aku merupakan fresh graduated Dip Sains Komputer dekat UiTM Merbok...Aku tak berapa minat kos ni, tapi tu laa kan dah dapat just go on..Aku ni kalau buat something aku akan pastikan benda tu aku buat sampai habis....Kos ni telah di apply oleh kak ngah aku, time tu aku dekat German, so aku mintak tolong kak ngah aku apply kos sains, semua kos sains, then kak ngah aku pun masukkan sekali sains komputer..Dalam banyak2 sains tu aku dapat sains komputer...ahakss..So, balik2 Malaysia, terus sambung kos tu..

Alhamdulillah, finally aku berjaya menghabiskan pengajian aku dalam kos tu...So, macam mana boleh dapat SPA kan? Ok, aku ada apply SPA ni time aku sem 3, aku apply saja2 je la...Aku pernah pegi interview yang pertama tu...First interview aku tak dapat sebab aku cakap time tu aku tengah study, so diorang tak prefer laa student yg tengah study...Hmm, then surat tawaran temuduga datang lagi time aku dah abis dip, so ayah aku excited sangat suruh aku p interview..haha.So, aku pun pegi je lah kan..Mana tau ada rezeki...Finally, berkat doa ibu ayah, family, bon2 dan semua, alhamdulillah aku berjaya temuduga tu...dan InShaaAllah, bulan 7 ni aku akan memulakan hidup aku sebagai pelajar perubatan..

Jangan takut untuk melakukan perubahan..Walaupun aku dah menyimpang jauh daripada kos yang aku ambil dulu, tapi aku tak menyesal kalau aku tak sambung degree dalam kos tu sebab kalau aku ambil degree kos tu pun belum tentu aku ada kerja nanti, dan aku tak nampak hala tuju aku lagi dalam bidang komputer ni....Maybe sebab aku tak minat sama kot kan...Kalau SPA ni, lepas belajar gan diorang, then habis belajar terus masuk kerja...dan yang penting time belajar tu dapat elaun tau u'ollss...hahhahaaha :P hee..
takdela, yang tu tak penting sangat, kalau dapat tu adalah bonus kann, so yang penting, pedulikan apa yang orang cakap, yang penting benda tu kita buat untuk masa depan yang cerah, dan in shaa Allah, aku ingin berjaya seperti kakak2 dan abang aku.. Pray for me.. ^_______^

Alamak, terlebih taip pulak kali ni..hee...Mintak maaf ye...Terima kasih kepada bloggers2 yang setia memberi komen dekat blog aku yang tak seberapa ni...Akan dibalas komen2 anda, dan saya amat menghargainya sangat3! Thank Q so much! I love u all! ahakksss


PS~ Don't be afraid of change, you may lose something good, but you'll gain something even better

                                                  Thank Q for reading my lovely peeps~
                                                                      As-salam.

Monday, 10 June 2013

                                        Assalamualaikum & Happy Monday my lovely peeps~

Wahh3 dah lama menghilang tetiba muncul seketika ya...Sebelum nak ambik mood taip entry baru, jommm kita joinn Giveaway yang hangat dan meletup letup macam popcorn ni jomm...Mana tau ada rezeki ke kan haa, jom3 sapa yang tak join lagi cepat2 join ye.... ;)


Thank Q lovely peeps..Have a nice day! 
As-salam~

Wednesday, 29 May 2013

                                         Assalamualaikum & Happy Wednesday my lovely peeps~

Vahh vahhh tiba-tiba tajuk macam nak buat iklan pulak ya....Tapi iklan ni tidak berbayoo la eyh =,= hiks..
Actually, masa mula-mula aku nampak iklan eyeliner ni kat tv macam tak percaya je, sebab dah banyak eyeliner aku guna tak kira laa jenama maybelline ke maybelon ke 2in1 tu ke kan, semuanya akan comot kan...Tambah2 kalau cuaca panas, tertenyeh sikit kat mata habis dah jadi macam mata burung hantu pulop kan..Kalau tertenyeh comot tak pa lagi, kalau time panas dia jadi cair dan comot lagi tensennnn kan....


So, macam biasa kaum hawa ni mudah terpengaruh dan dipengaruhkan, walaupun aku susah nak percaya dengan iklan Silky Girl Eyeline for 20hours tu kan, last2 masuk Guardian beli jugakkk dehhh..Tak percaya tapi nak tryyy jugak..Nak buat experiment betoi ka dak dia tak comot dan tak hilang kan.....

    Dan terbuktiiii dia tak comottttt.....wahhhh3...Tak caya meh nak tunjuk sikit...Jenggg jengg jenggg~

Gambar ni masa tak keluar lagi, cehhh sempat lagi tangkap gambar kan...nampak tak kepulunan disitu :P

Gambar ni plak time dah habis makan2 dan balik rumah, selalunya kan kalau aku keluar makan-makan dan makan makanan pedas kan, confirm eyeline akan cair kan, tapi ni aku balik rumah check tengok die still macam tu lagi, kat atas mata pun tak comot, seriouslyy!!...Kalau tidoq pakai eyeliner ni confirm esok pagi bangun ada lagi...Tapi aku tak buat experiment la plak time tidoq pakai eyeliner kan..hehehe 

Ok yang tu je la aku nak share :P ahahah....Ce try ce try....Pasti anda tak menyesal...hikhiksss ^_____^

p.s~ Kalau nak ambil wudhuk, nak cuci senang je, pakai make-up removal or wet tissues or minyak baby johnson, then dia akan keluar dengan sendiri... :) 

Thank Q for reading my lovely peeps~
As-salam.

Monday, 27 May 2013



 Assalamualaikum & Happy Monday my lovely peeps~

What is Project C? Aku pong tak tau apakah project C ni....Tapi pihak Nuffnang saja suruh kita teka n gunakan idea dengan tajuk tu buat video. So, orang yang tengok video kita tu pun akan tertanya-tanya, nate apo Project C ni kan....Video ni pun buat 2hari sebelum tarikh kena submit..Nasib baik bon2 check....Sempat la die memikirkan ideaa...hahahaha..

Haaaa, idea ni datang daripada bon2 dan adik bon2 ishman :D 
Diorang ni kreatif sangat.. ^____^ Thank Q for both of u....Sayang bon2 n ishman....Lepas buat video ni terus upload dekat Nuffnang Blogbuster...Video ni ishman upload dekat utube sebab aku tak tengok lagi video yang diorang buat ni....Biasa laa jarak memisahkan kami, so bon2 buat video ni dengan adik die je lah...huhu...Kalau video ni di approved oleh pihak Nuffnang maka video ni akan berjalan dalam blog aku ni...Haa, macam tu laa En.Nuffnang cakap.. ^____^ Okeyh lah njoy...hohoho :D

Ok,  Thank Q for reading my lovely peeps~
As-salam

Wednesday, 22 May 2013

                                        Assalamualaikum & Happy Wednesday my lovely peeps~

  STRANGERS think i'm quiet
MY FRIENDS think i'm out-going
MY BESTFRIENDS know that i'm completely insane!








BEST FRIENDS
We're the kind of people who laugh at a joke 3 times:
once when it's told, 
2nd time when someone explains it to us,
&& five minutes later, when we actually get it..


Thank Q for reading my lovely peeps~
As-salam.

Monday, 20 May 2013

                                        Assalamualaikum & Happy Monday my lovely peeps!

Alhamdulillah i'm still breathing, still alive & still can keep smiling yaw...Wahhh3 rinduuuuu sangat2 dekat my blog ni...Bulan ni laa bulan yang aku rasa paling sengal dan tak dapat nak update entry setiap hari...*nangiss sampai keluaq inguss* Sob sob sob...Walaupun tak dapat update entry, tapi kalau ada masa aku still blogwalking cuma tak secergas dulu lah..Kurang vitamin tu yang jadi lembabssss je..hukhuksss..

Ok2, meh nak kongsi 1 entry sikit...Entah kenapa aku nak update entry pasal cintan cintun pulop harini, tak pelaa, layann je lah ye... ^__________^ Maybe salah 1 sebab aku update entry ni ialah ia kena dengan situasi aku sekarang ni..Aku rasa ramai yang melalui situasi seperti aku, cinta jarak jauh... Best ke tak eyh? Mesti banyak dugaan dan cabaran kan? Hmm ni laa antara soalan2 yang selalu berlegar di minda, aicewaahhh mohon mengerti ayat aku harinie macam berbungaa bunga sikit sebab mood aku harinie jiwang seketika...hikss.. :P


Aisshh mukadimah saja 2 perenggan kalau masuk isi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup for sure korang tidoq sampai ayaq liuq meleleh kan..hahah..Ok2, jommm aku ringkas je entry aku ni ye..hikss..

Antara 10 Tanda Pasangan yang Setia dalam PJJ :

1) Walaupun jauh dimata, walaupun kita tak nampak pasangan kita yang jauh tu dok buat apa, but he/she still keep update aktiviti diorang kat sana melalui message la kan...Makna kata dia tak pernah lupakan kita walaupun kita jauh dengan diorang kan..dan kita boleh nampak kat situ yang die betul2 nak kita percaya dan tau apa yang diorang tengah buat kat sana.

2) Sentiasa jujur. Makna kata jujur dalam perbuatan.. Cinta jarak jauh ni memerlukan kepercayaan yang tinggi.. dan masing2 kena jujur dalam setiap perkara yang kita buat...Jangan cakap lain tapi dekat belakang buat lain kan..


3) Kalau kita cakap tak suka dia buat something yang betul2 kita tak suka, then dia terus tak buat dan halang benda tu daripada berlaku.. Contoh, org perempuan ni tak suka boyfriend dia kawan rapat dengan perempuan lain, so contoh kalau classmates perempuan ajak makan sekali ke kan, die terus tolak pelawaan tu, dan tak buat benda yang kita tak suka kan...

4) Kurang bersosial maksudnya lepak2 dengan classmates tak pun lepak dengan budak2 perempuan sekali ke kan..Honestly aku tak suka lelaki yang kuat melepak ni, kalau tak kawen asyik melepak kejanya, nanti dah kawen tak heran laa kalau pukul 1, 2pagi tak balik rumah lagi kan.. Luckily, my bon2 xsuka melepak..fuhh3.. :P


5) Setiap hari tak pernah tak telefon kita.. Haa, faham tak? saja dok buat ayat berbelit sikit...hehe..Makna kata, dalam sehari tu mesti dia akan telefon..dan sebelum tidur cakap2 dan tanya masing2 punya aktiviti ke kan..then ingat balik kenangan2 bersama dulu, aicehh.. kenaa laa selit2 sikit baru la best kan. ;)

6) Sebelum nak buat something mintak pandangan kita, kalau ada masalah kita tempat dia untuk luahkan perasaan, kiranya walau jauh sekalipun tu bukan halangan untuk bersama..Tu menunjukkan dia betul2 setia dan mengharapkan kita seorang untuk memberi semangat kepada die kan..Keep supporting him/her.


7) Kalau ada masalah or perselisihan faham antara satu sama lain ke kan, cepat2 die cari jalan untuk selesaikan masalah tu bersama..bukan lari dari masalah but cari jalan penyelesaiannya kan...Sapa suka bergaduh lama-lama kan?betoi dak? kalau die selalu lari dari masalah tu makna kata maybe die ada orang lain la tu kan..

8) Susah senang bersama sama..bukan time happy je die ada dengan kita, bila ada masalah larii kan...no no no noo don't punk with my heart..eewahh...Kalau happy sama-sama dan kalau ada masalah pun still sama-sama kan... ^________^


9) Kalau lelaki tu betul2 setia dan serious dengan kita, dia dah buat plan dan memikirakan masa depan die dengan kita kan..Kalau pasangan kita tu still study, die berusaha bersungguh sungguh untuk cepat habis study, kerja, kumpul duit dan terus ajak kte kawen kan...Kalau dapat jenis ni, kena bersyukur banyak2 dan berdoa kepada Allah semoga dia adalah jodoh kita buat selamanya..aamiin.. :)

10) Kalau kita sakit, dia lah orang yang paling risau..Macam dok dekat pulak kan nak ajak pergi klinik lah hospital lah, padahal dok jauh berbatu batu...poyooo je kan..hahahhaha.. =,=

Actually, kita boleh rasa sama ada orang tu betul-betul serious dengan kita or just nak mainkan hati dan perasaan kita kan..Apa-apapun banyakkan berdoa, semoga kita semua mendapat jodoh yang baik..Ingat janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik-baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik-baik juga.So berusahalah untuk jadi yang terbaik...In Shaa Allah....Aamiin...

                                               Thank Q for reading my lovely peeps!
                                                                    As-salam~